Analisis terjemahan melayu arab sebagai strategi pembelajaran: satu kajian rintis / Azman Che Mat, Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub & Ghani Ismail

Pakar linguistik berpendapat bahawa bahasa ibunda dapat mempengaruhi proses penguasaan bahasa kedua. Robert Lado menyebut teori bahasa pada zamannya sebagai: “Seorang guru bahasa tidak cukup layak untuk mengajarkan bahasa yang dituturkannya, walaupun bahasa itu adalah bahasa ibundanya. Tetapi dia ha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Mat, Azman, Yaakub, Ahmad Nazuki@Marzuki, Ismail, Ghani
Format: Research Reports
Language:en
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52987/1/52987.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52987/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pakar linguistik berpendapat bahawa bahasa ibunda dapat mempengaruhi proses penguasaan bahasa kedua. Robert Lado menyebut teori bahasa pada zamannya sebagai: “Seorang guru bahasa tidak cukup layak untuk mengajarkan bahasa yang dituturkannya, walaupun bahasa itu adalah bahasa ibundanya. Tetapi dia harus tahu ciri-ciri bahasa sasaran dan bahasa asal pelajar agar dia mengetahui masalah-masalah yang dijangka akan dihadapi semasa proses pengajaran serta mencari penyeiesaiannya. Dia harus mengenalpasti aspek-aspek perbezaan dan persamaan di antara dua struktur: struktur bahasa ibunda pelajar dan struktur bahasa sasaran. Kemudian mengumpul maklumat yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelajar ” (cAbd al-Sallam 2001: 16). Teori ini kemudiannya disokong oleh Henry Guntur (1988: 95) yang menjelaskan: “Kebanyakkan kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar ketika mempelajari bahasa kedua adalah berpunca daripada pengaruh bahasa ibunda”. Bagi guru-guru bahasa, maklumat dan pengetahuan dalam dua bahasa dapat membantu mereka menyediakan satu pendekatan yang sesuai ketika mengajar bahasa. Sebagai contoh, konsep pengajaran secara Grammar-Translated Method (Metode Tatabahasa- Terjemahan), Audio-Lingual Method (Metode Dengar-Sebut) dan Silent Way Method mementingkan peranan bahasa ibunda bagi membantu pemahaman pelajar.