Ciri-ciri penguasaan sumber berbahasa arab dalam kalangan pensyarah Institut Tamadun Dan Kefahaman Islam (citu) / Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Azman Che Mat and Azarudin Awang
Isu kejayaan pendakwah Islam atau pendidik agama ini seringkali dikaitkan dengan kemampuan mereka untuk menguasai bahasa Arab dengan sebaik- baiknya. Hal ini adalah kerana al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber hukum dan panduan kepada umat Islam adalah menggunakan bahasa Arab. Bahkan bangsa Arab...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52422/1/52422.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52422/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Isu kejayaan pendakwah Islam atau pendidik agama ini seringkali dikaitkan dengan kemampuan mereka untuk menguasai bahasa Arab dengan sebaik- baiknya. Hal ini adalah kerana al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber hukum dan panduan kepada umat Islam adalah menggunakan bahasa Arab. Bahkan bangsa Arab merupakan bangsa terawal memahami, mengkaii dan menulis tentang ilmu-ilmu Islam yng akhirnya menjadi rujukan umat zaman berzaman.
Lantaran itu, sangat penting kepada pendidik agama untuk. merujuk sumber berbahasa Arab bagi memastikan maklumat yang diterima adalah daripada sumber asal yang tepat. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat ini banyak tersebarnya berita dan maklumat palsu dan sesat, yang akhirnya dianut dan diterima oleh masyarakat tanpa mereka mengetahui hakikat yang sebenarnya.
Justeru itu, ciri-ciri penguasaan sumber berbahasa Arab dalam kalangan pendidik agama wajar dikaji bagi menguatkan kepercayaan masyarakat terhadap mereka ketika mengupas isu-isu semasa dan menjawab soalan- soalan yang dikemukakan kepada mereka.
Maklumat kajian diperolehi melalui dua kaedah penyelidikan iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Temubual dan uiian penilaian telah dilakukan kepada sembiian orang responden yang terpilih, manakala kertas soal selidik diedarkan kepada semua pensyaran CITU di UiTM Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang membezakan kekuatan penguasaan sumber berbahasa Arab dalam kalangan mereka. Beberapa cadangan dikemukakan bagi melihat penguasaan pensyarah CITU terhadap sumber berbahasa Arab semakin meningkat. |
|---|
