Profil tumbuhan tinggi di hutan Universiti Teknologi Mara Kampus Kota Kinabalu / Abdul Manap Mahmud, Ansir Salim dan Ajimi Haji Jawan

Rimba UiTM Cawangan Sabah kampus Kota Kinabalu ini yang berada pada longitud dan latitud N6°04'15" - 6°03'45" dan E1l6°08'2r - E116007'51" , terletak dalam jaluran permatang pinggir laut Bandaraya Kota Kinabalu yang menganjur dari Bukit Bendera, Rimba UMS hingga ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahmud, Abdul Manap, Salim, Ansir, Jawan (Haji), Ajimi
Format: Research Reports
Language:en
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48890/1/48890.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48890/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rimba UiTM Cawangan Sabah kampus Kota Kinabalu ini yang berada pada longitud dan latitud N6°04'15" - 6°03'45" dan E1l6°08'2r - E116007'51" , terletak dalam jaluran permatang pinggir laut Bandaraya Kota Kinabalu yang menganjur dari Bukit Bendera, Rimba UMS hingga ke hutan bukit Karambunai. Struktur permatang ini menjadi pemisah antara laut Cina Selatan dengan tanah pamah negeri Sabah. Secara tidak langsung permatang pinggir laut Bandaraya Kota Kinabalu ini bertindak sebagai penghadang angin dan hujan lebat dari laut Cina Selatan sebelum sampai ke tanah pamah pesisir. la juga menghalang angin kering yang bercampur dengan air masin dari laut untuk terus sampai ke Bandaraya Kota Kinabalu khususnya di kawasan - kawasan Menggatal, Inanam, Telipok, Luyang dan Penampang. Kajian profit tumbuhan di rimba UiTM Cawangan Sabah kampus Kota Kinabalu ini telah dilakukan dari April 2004 - April 2005. Keluarga tumbuhan yang terdapat di persekitaran hutan UiTM Cawangan Sabah diwakili oleh 49 famili, 120 genera dan 152 spesies tumbuhan. laitu mewakili 25% tumbuhan angiosperma Semenanjung Malaysia berdasarkan laporan Latiff (1982) dan 31% tumbuhan di Sabah berdasarkan laporan Kiew (1984). Kajian ini telah mengumpul 984 sampel tumbuhan tinggi yang terdapat di kawasan hutan UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Kajian ini juga berjaya menentukan pengkelasan tumbuhan tinggi yang terdapat di kawasan hutan UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu sehingga peringkat spesies. Kajian ini berjaya menyediakan ruang pembelajaran dan peng'ajaran untuk para - pelajar Prasains dan Dipjoma Sains UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk menyediakan senarai semak tumbuhan tinggi yang mempunyai kepentingan ekonomi, dan etnobotani kepada penduduk setempat. Kajian ini merupakan perintis kepada penyediaan pengkalan data tumbuhan tinggi UiTM Cawangan Sabah, negeri Sabah dan Borneo.