Tahap kesedaran remaja bermasalah akan keprihatinan ibubapa / penjaga terhadap salah laku anak remaja mereka / Hasnizawati Hashim … [et al.]

Permasalahan sosial remaja hari ini menjadi antara agenda perbincangan utama di Malaysia dan perbincangan ini didedahkan di media massa menjadikan isu ini semakin mendapat perhatian terutamanya isu-isu yang melibatkan golongan remaja. Pelbagai pihak sama ada kerajaan dan badan bukan kerajaan cuba me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Hasnizawati, A. Halid @ Khalid, Rozieana, Abu, Zurah, Abd. Aziz, Mohd. Norafizal
Format: Research Reports
Language:en
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48312/1/48312.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48312/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permasalahan sosial remaja hari ini menjadi antara agenda perbincangan utama di Malaysia dan perbincangan ini didedahkan di media massa menjadikan isu ini semakin mendapat perhatian terutamanya isu-isu yang melibatkan golongan remaja. Pelbagai pihak sama ada kerajaan dan badan bukan kerajaan cuba mengatasi permasalahan ini dengan cara yang lebih dominan di kalangan remaja itu sendiri yang dikatakan menjadi penyebab dan punca utama kepada permasalahan sosial ini. Walau bagaimanapun, kajian ini akan memberi tumpuan kepada aspek selain remaja iaitu ibubapa - mengenai peranan mereka dalam mengatasi permasalahan sosial remaja ini. Kajian melibatkan responden terpilih iaitu pelatih-pelatih dari Sekolah Tunas Bakti di Pantai Timur di dua buah pusat latihan di Jerantut, Pahang dan Marang, Terengganu. Bentuk kajian dilaksanakan adalah secara deskriptif.melalui soalselidik dan temubual yang dijalankan bersama pelatih - pelatih ini. Hasil soal-selidik dianalisa secara teliti bagi mendapatkan dapatan terperinci terhadap soal-selidik yang dijalankan. Berdasarkan daripada soal-selidik dan analisa yang diperolehi, hasil kajian akan membawa kepada penemuan terhadap isu yang diutarakan terhadap permasalahan sosial remaja masa kini terutamanya dalam konteks peranan ibubapa itu sendiri. Beberapa cadangan penambahbaikan terhadap isu yang dibincangkan dan diperolehi daripada hasil kajian turut dinyatakan bagi pertimbangan dan tindakan selanjutnya oleh pihak yang bertanggungjawab.