Kajian kemungkinan mengujudkan cawangan 7-Eleven di Shah Alam / Azman Abdul Rahman … [et al.]
Sebagai ibu negeri Selangor yang baru dan bakal menjadi sebuah bandar yang dinamik, Shah Alam begitu pesat pembangunannya. Pelbagai projek pembangunan giat dilaksanakan termasuklah pusat membeli-belah, taman rekreasi pasar malam, bangunan pejabat dan pelbagai kemudahan asasyang lain. Bilangan pendud...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Student Project |
| Language: | en |
| Published: |
1986
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48093/1/48093.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48093/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Sebagai ibu negeri Selangor yang baru dan bakal menjadi sebuah bandar yang dinamik, Shah Alam begitu pesat pembangunannya. Pelbagai projek pembangunan giat dilaksanakan termasuklah pusat membeli-belah, taman rekreasi pasar malam, bangunan pejabat dan pelbagai kemudahan asasyang lain. Bilangan penduduk Shah Alam yang berkeluasan 13,986 hektar atau 139.86 kilometer persegi dijangkakan seramai 220,000 orang menjelang tahun 1990. Sejajar dengan itu, kami bercadang untuk mendirikan sebuah cawangan 7-Eleven yang menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi kemudahan penduduk-penduduk Shah Alam. Kedai ini menyediakan pelbagai barangan pengguna, minuman panas dan sejuk, makanan untuk dibawa pulang dan Iain-lain lagi. Kami yakin mendirikan atau pengujudkan 7-Eleven akan mendapat sambutan dari penduduk di Shah Alam dengan konsep membeli- belah secara mudah yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Dalam membuat kepastian untuk projek ini, kami telah bertemu Encik Robert Remnent, Pengurus Besar Convenience Shopping Sdn. Bhd. dimana syarikat ini telah memperolehi lesen 7-Eleven dari Southland Corporation, Dallas, USA. Beliau telah bersetuju dengan projek kami untuk mendirikan 7-Eleven di Shah Alam. Ini adalah berdasarkan rancangan syarikat itu untuk mendirikan lebih banyak cawangan 7-Eleven di Lembah Kelang. |
|---|
