Kesan pemotongan terhadap kakisan logam / Azman Anuar … [et al.]

Pada masa kini penggunaan matalat pemotong seperti Carbaid Tips dan Endmill semakin banyak digunakan dalam kerja - kerja pemesinan. Carbaid Tips terdiri daripada beberapa jenis iaitu matalat berbentuk bulat, segitiga, segiempat dan lain - lain lagi. Kebiasaannya dalam proses pemesinan bendakerja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anuar, Azman, Jaafar, Mohd Rohaizad, Md. Salleh, Mohd Naser, Mokni, Norazmi
Format: Student Project
Language:en
Published: 1995
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45252/1/45252.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45252/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini penggunaan matalat pemotong seperti Carbaid Tips dan Endmill semakin banyak digunakan dalam kerja - kerja pemesinan. Carbaid Tips terdiri daripada beberapa jenis iaitu matalat berbentuk bulat, segitiga, segiempat dan lain - lain lagi. Kebiasaannya dalam proses pemesinan bendakerja yang berbentuk bulat dan berbentuk segiempat kerap digunakan dalam proses pemotongan logam. Dari segi teori dan praktikal kedua - dua matalat jenis ini mempunyai komposisi yang berbeza serta sifat - sifat mekanikalnya. Oleh itu penggunaannya adalah berbeza bagi bahan - bahan kerja tertentu. Secara tidak langsung ini memberikan gambaran bahawa kesan kakisan juga berbeza mengikut bentuk matalat. Maka projek akhir ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan pemesinan pada kakisan logam. Di dalam projek akhir ini kami cuba menganalisa faktor - faktor seperti komposisi, rekabentuk, suhu, tempoh rendaman, kepekatan asid dan sebagainya. Dalam menentukan kesan kakisan logam, kami menggunakan Medium Carbon Steel sebagai bendakerja.Di dalam ujikaji ini kesan kakisan hanya diukur berpandukan pada ketebalan bendakerja. Kumpulan kami tidak menjalankan ujikaji berpandukan pada berat bendakerja Ini adalah kerana bendakerja tidak dipotong dengan sama panjang dan setiap satunya mempunyai panjang yang berbeza-beza. Di samping itu juga kedalaman rendaman juga tidak sama kerana ia di lakukan secara manual sahaja. Oleh itu kesan kakisan berdasarkan pada berat tidak dijalankan di atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan.