ETR 300 : Kejora Bersatu Enterprise / Suhaila Sulaiman ... [et al.]

Kemunculan bangunan-bangunan tinggi , hotel-hotel bertaraf lima bintang, indusri-industri berat , pusat-pusat komersial dan sebagainya yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dan juga para pelabur dari dalam dan luar negara yang sedia melabur dalam pelbagai sektor dengan mengambil kira keadaan politi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Suhaila, Norani, Haryati, Ahmad, Shajara Tuddur, Khamis, Siti Syiqah, Abd Ghafar, Ardisuandi
Format: Research Reports
Language:en
Published: 2000
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45140/1/45140.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45140/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan bangunan-bangunan tinggi , hotel-hotel bertaraf lima bintang, indusri-industri berat , pusat-pusat komersial dan sebagainya yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dan juga para pelabur dari dalam dan luar negara yang sedia melabur dalam pelbagai sektor dengan mengambil kira keadaan politik yang stabil telah mengorak langkah ke arah pembangunan negara yang pesat dan membangun. Ekoran daripada kepesatan ini maka, sudah tentulah banyak bangunan bangunan baru akan wujud di mana ianya sudah tentu memerlukan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan. Kewujudan bangunan- bangunan ini telah memberi peluang kepada kami untuk menjadikannya sebagai satu bidang pemiagaan. Maka dengan itu, kami telah menubuhkan sebuah syarikat pembersihan bangunan yang didaftarkan di atas nama Kejora Bersatu Enterprise atau singkatannya KBE. Jenis perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat kami ialah sebuah peniagaan berbentuk perkhidmatan iaitu perkhidmatan pembersihan bangunan ( dalaman dan luaran ) yang meliputi pelanggan yang terdiri daripada jabatan kerajaan dan swasta. Pemiagaan ini adalah merupakan sebuah perniagaan perkongsian yang melibatkan lima orang rakan kongsi di mana setiap ahli kongsi menyumbangkan modal sebanyak RM l3 ,000 seorang dan ia adalah tertakluk dengan syarat-syarat yang tertentu. Syarikat ini mempunyai lima jawatan utama yang terdiri daripada pengurus besar, pengurus pemasaran, pengurus operasi, pengurus pentadbiran dan pengurus kewangan. Lokasi pemiagaan kami adalah terletak di Medan Selera Bakar Arang yang beralamat di nombor 11 A, Lot 3431, Medan Selera Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2001.