Prasarana masjid : Penilaian masyarakat dan pengaruhnya terhadap solat secara berjemaah di Kelantan / Muhammad Saiful Anuar Yusoff ...[et al.]
Prasarana merupakan perkhidmatan dan kemudahan asas yang diperlukan bagi setiap aspek pembangunan dan kemajuan. Tidak terkecuali aspek kemudahan masjid seperti ruang solat, kemudahan dalam dan luar masjid, sudut kebersihan dan sebagainya yang merupakan antara faktor penting bagi masyarakat untuk...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45129/1/45129.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45129/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Prasarana merupakan perkhidmatan dan kemudahan asas yang diperlukan bagi setiap aspek
pembangunan dan kemajuan. Tidak terkecuali aspek kemudahan masjid seperti ruang solat, kemudahan dalam
dan luar masjid, sudut kebersihan dan sebagainya yang merupakan antara faktor penting bagi masyarakat untuk
menunaikan ibadat solat secara berjemaah di masjid-masjid. Namun, kajian berkaitan aspek fizikal masjid ini
kurang diberi perhatian. Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat persepsi masyarakat terhadap aspek
prasarana dan pengaruhnya terhadap pelaksanaan solat berjemaah di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri
Kelantan. Sebanyak 618 data diperoleh daripada jemaah masjid yang kemudiannya dianalisis menggunakan
perisian program Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian membuktikan bahawa
a) tahap penilaian jemaah terhadap adalah tinggi bagi semua aspek prasarana masjid (M=6.16-6.38; SP:0.94-1.09)
kecuali penilaian kemudahan mesra pengunjung dinilai pada tahap sederhana (M=5.12; SP:1.11) dan b) terdapat
pengaruh prasarana masjid yang positif terhadap pelaksanaan solat secara berjemaah di masjid dengan kemudahan aktiviti keagamaan menjadi peramal utama (ß=.255, p=.000), diikuti dengan fasiliti yang bersih, ceria dan selamat (ß=.152, p=.000) dan kemudahan yang mesra pengunjung (ß=.144, p=.000). Pengurusan prasarana masjid tidak mempengaruhi pelaksanaan solat secara berjemaah di masjid. Perbincangan berkaitan dapatan dan perbincangan berkaitan prasarana masjid dijelaskan |
|---|
