Cabaran dan faktor kejayaan usahawan wanita bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Melaka / Norbaiti Tukiman and Ghazali Semil@Ismail

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah, cabaran dalaman dan cabaran luaran yang dihadapi dalam perniagaan serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri Melaka. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tukiman, Norbaiti, Semil@Ismail, Ghazali
Format: Research Reports
Language:en
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42698/1/42698.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42698/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah, cabaran dalaman dan cabaran luaran yang dihadapi dalam perniagaan serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri Melaka. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti dan mengukur hubungan prestasi perniagaan dengan faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti. Borang soal selidik dan temubual telah digunakan sebagai instrument kajian dalam pengumpulan data dan diedarkan kepada 110 orang usahawan wanita bumiputera PKS di tiga buah daerah di negeri Melaka iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. PKS juga dibahagikan kepada lima sektor iaitu sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan, perniagaan am dan perternakan atau pertanian. Metodologi kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan program Statistical PackagesFor Social Science (SPSS) 16.0 dan dibentangkan dalam bentuk deskriptif seperti carta pai, carta bar dan skor min. Untuk mengenalpasti hubungan antara prestasi perniagaan dan faktor-faktor kejayaan, ujian korelasi dilakukan. Penemuan kajian menunjukkan masalah utama usahawan wanita bumiputera PKS adalah persaingan kemudian diikuti oleh kekurangan sumber modal dan masalah penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan perniagaan. Cabaran dalaman usahawan wanita PKS yang utama adalah keyakinan diri manakala cabaran luaran yang utama adalah cabaran daripada keluarga terdekat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita PKS yang tertinggi pula minat yang tinggi. Kajian juga mendapati hubungan prestasi perniagaan usahawan wanita bumiputera PKS dengan faktor faktor kejayaan adalah lemah dan ini seterusnya menunjukkan prestasi perniagaan tidak dipengaruhi atau bersandar sepenuhnya oleh faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti.