Model pentadbiran wakaf pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) di utara semenanjung Malaysia / Mohd Nasir Ayub … [et al.]

Pentadbiran yang cekap dan efisen terhadap harta wakaf merupakan satu keutamaan dalam menguruskan hal-hal berkaitan wakaf termasuklah wakaf pendidikan. Pentadbiran yang cekap dan efisen dapat memastikan wakaf pendidikan dibangunkan dan dikembangkan untuk menghasilkan manfaat yang berterusan. Perkemb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ayub, Mohd Nasir, Mohamed Sawal, Mohd Zool Hilmie, Noordin, Nazmi @ Nazni
Format: Research Reports
Language:en
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42536/1/42536.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42536/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pentadbiran yang cekap dan efisen terhadap harta wakaf merupakan satu keutamaan dalam menguruskan hal-hal berkaitan wakaf termasuklah wakaf pendidikan. Pentadbiran yang cekap dan efisen dapat memastikan wakaf pendidikan dibangunkan dan dikembangkan untuk menghasilkan manfaat yang berterusan. Perkembangan wakaf pendidikan ini juga semakin menarik selepas era sahabat Rasulullah SAW. Misalnya pada zaman Fatimiyyah dibina Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir yang menjadi mercu tanda wakaf pendidikan pada masa kini (Bayard, 1961; Rosnani Hashim, 1990). Pada tahun 750 hingga 1258 Masihi (era pemerintahan Abbasiyyah) telah tertubuhnya sebuah pusat pengajian tinggi yang berasaskan hasil daripada dana wakaf di Baghdad, Iraq yang dikenali Madrasah Nizamiyyat (Mokhtar Ismail, Mohd. Isa Mohd. Deni, Muna Sulaiman & Hairullfazli Muhammad Som, 2015). Pelaksanaan wakaf pendidikan juga mendapat perhatian pemerintah negara Islam lain, misalnya di Turki terdapat 142 buah universiti yang telah dibangunkan dan dibiayai oleh sumber wakaf (Raja Nor Ashikin Raja Ramli & Nor Adha Abd Hamid, 2014). Selain itu, terdapat juga universiti lain yang turut terlibat dengan aktiviti wakaf seperti Universiti Cardoba, Sepanyol yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 hasil daripada pembiayaan dana wakaf (Ismail Ahmad & Manzur El Hassan Abdul Aziz, 2015). Universiti wakaf lain yang juga boleh dijadikan contoh adalah seperti Universiti al-Muntasiriyyat di Iraq dan Universiti King Abdul Aziz di United Arab Emirates (UAE) yang turut menerima kebaikan hasil daripada dana wakaf (Siti Mashitoh Mahamood & Asmak Ab Rahman, 2014).