Penurunan kualiti air akibat daripada projek pembinaan di hutan simpan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / Farah Wahida Mohd Latib, Noraida Mohd Saim and Zulhafizal Othman

Kajian ini dijalankan adalah bagi mendapatkan kualiti air di kawasan hutan simpan UKM yang telah terdedah kepada beberapa projek pembinaan yang berlaku secara serentak. Kawasan kajian meliputi kawasan seluas 419,569.74 m2 dan kajian telah dijalankan selama sepuluh minggu. Dua lokasi persampelan air...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Latib, Farah Wahida, Mohd Saim, Noraida, Othman, Zulhafizal
Format: Conference or Workshop Item
Language:ms
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39833/1/39833.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39833/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah bagi mendapatkan kualiti air di kawasan hutan simpan UKM yang telah terdedah kepada beberapa projek pembinaan yang berlaku secara serentak. Kawasan kajian meliputi kawasan seluas 419,569.74 m2 dan kajian telah dijalankan selama sepuluh minggu. Dua lokasi persampelan air telah ditentukan iaitu di kawasan tasik dan longkang berhampiran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) UKM. 5 parameter yang ditentu-ukur iaitu pH, kekerohan, pepejal terampai, permintaan oksigen kimia (COD) dan permintaan oksigen biologi (BOD). Perbandingan nitai bacaan sebelum dan semasa projek berjalan direkodkan dan secara puratanya, kesemua perimeter kualiti air yang diujikaji menunjukkan peningkatan yang siknifikan. Nilai pH atau keasidan air longkang meningkat daripada 7.92 sebelum kepada 6.62 selepas manakala air tasik daripada 8.16 sebelum kepada 6. 91 selepas projek pembinaan dijalankan. Kekerohan air longkang meningkat sebanyak 2407.13% dan air tasik 132.42%. Bacaan bagi pepejal terampai air longkang ialah 237.88% manakala air tasik 67.96%, BOD air longkang meningkat kepada 53.88% dan air tasik 39.46% manakala untuk COD air longkang peningkatan sebanyak 92.01 % dan air tasik sebanyak 72.44%. Secara keseluruhan, projek pembinaan yang dijalankan memberikan impak negative kepada kualiti air di hutan simpan UKM.