Niat menceburi bidang keusahawanan di kalangan siswa jurusan perniagaan dan bukan perniagaan / Norulhuda Tajuddin … [et al.]
Pada masa sekarang Malaysia sangat-sangat menggalakkan para graduan menceburi bidang perniagaan sebagai satu langkah mengurangkan masalah pengangguran yang disebabkan peluang pekerjaan yang terhad Universiti tempatan kini sudah mula menawarkan program keusahawanan untuk menarik pelajar - pelajar y...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | ms |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38901/1/38901.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38901/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pada masa sekarang Malaysia sangat-sangat menggalakkan para graduan menceburi bidang perniagaan sebagai
satu langkah mengurangkan masalah pengangguran yang disebabkan peluang pekerjaan yang terhad Universiti
tempatan kini sudah mula menawarkan program keusahawanan untuk menarik pelajar - pelajar yang meminati
bidang ini. Keusahawanan bukan sahaja memerlukan bakat semulajadi dan modal sahaja, malahan niat untuk
menceburi bidang perniagaan boleh dibentuk melalui pembelajaran dalam bidang keusahawanan. Pendedahan
tentang keusahawanan melalui kursus keusahawanan kepada pelajar jurusan perniagaan dan bukan perniagaan
memberikan impak terhadap niat untuk menjadikannya kerjaya pada masa akan datang. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk mengkaji perbezaan dari segi niat menceburi bidang keusahawanan di antara pelajar-pelajar dalam jurusan
Perniagaan dan Bukan Perniagaan. Niat keusahawanan ini diukur dengan mengambilkira duafaktor utama iaitu faktor
motivasi dan faktor penghalang yang dikenalpasti dapat mengukur niat keusahawanan di kalangan pelajar. Seramai
331 orang pelajar telah dipilih dalam kajian ini dan soalselidik telah diedarkan. lnstrumen kajian mengandungi 3
komponen yang diukur menggunakan skala likert 1 hingga 5. Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar dari kedua-dua
jurusan menunjukkan niat yang sama kepada keusahawanan. Dapatan kajian juga berjaya mengenalpasti
faktor motivasi dan faktor penghalang utama yang mempengaruhi niat keusahawanan pelajar-pelajar tersebut. |
|---|
