NR Sales & Collection / Hairulnisa’ Hassan Osman… [et al.]

NR Sales (M) Sdn. Bhd., adalah sebuah syarikat jualan langsung yang mengedar dan menjual barangan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang berasaskan Aloe Vera. NR adalah singkatan nama kepada pengasasnya iaitu Nasir dan Ramlah. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kami untuk menceburi bidang pern...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan Osman, Hairulnisa’, Kassim, Hasmadi, Shaaya, Nor Faeeza, Allias, Nor Zalina, Hamid, Roshita
Format: Entrepreneurship Project
Language:en
Published: 1996
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38808/1/38808.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38808/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:NR Sales (M) Sdn. Bhd., adalah sebuah syarikat jualan langsung yang mengedar dan menjual barangan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang berasaskan Aloe Vera. NR adalah singkatan nama kepada pengasasnya iaitu Nasir dan Ramlah. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kami untuk menceburi bidang perniagaan ini di antaranya ialah, Perniagaan ini mempunyai potensi yang cemerlang untuk berkembang maju dan mampu memberikan keuntungan baik pada masa kini atau hadapan, memandangkan masyarakat semakin mementingkan penjagaan diri, kesihatan dan kecantikan daripada barangan berasaskan tumbuhan semulajadi. NR Sales & Collection adalah satu-satunya syarikat milik penuh bumiputera dan mempunyai misi perniagaan yang produktif berbanding dengan beberapa pesaing-pesaing yang lain dalam perniagaan jualan langsung. NR Sales & Collection sedang berkembang maju dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam usaha membuka cawangannya di seluruh Malaysia. Justeru itulah kami mengambil inisiatif untuk membuka sebuah lagi cawangan NR Sales & Collection di kawasan Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Ini memandangkan masih tiada lagi cawangan NR Sales & Collection di sana dan kerana perkembangan pesat pusat bandar Seremban itu sendiri.Pemiagaan cawangan ini terdiri daripada penjualan barangan secara langsung dan perkhidmatan rawatan penjagaan kesihatan dan kecantikan (salun) bertujuan memberi rawatan dan khidmat nasihat kepada pengedar dan pengguna barangan kami. NR Sales & Collection adalah rangkaian barangan kesihatan dan kecantikan yang diperbuat daripada perahan tulin daun lidah buaya (Aloe Vera) yang dijamin ketulinan dan kesuciannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Malaysia. Barangan ini bebas daripada bahan toksin, alkohol dan bahan kimia serta dijamin bersih lagi suci. Rangkaian barangan penjagaan kesihatan dan kecantikan NR Sales & Collection tidak memberi sebarang komplikasi kepada penggunanya malahan ia membantu melancarkan pengaliran darah dan seterusnya bertindak mencegah dan menyelesaikan sebarang masalah penyakit.