Aqua Fish Enterprise / Alina Abd. Hir…[et al.]
Projek Rancangan Perniagaan ini adalah merupakan rancangan bersama untuk menubuhkan satu perusahaan penternakan Ikan Hiasan yang pada masa sekarang ini mempunyai permintaan yang semakin menggalakkan dari masyarakat di sekitar Melaka. Kami menjalankan perniagaan membiak, menternak dan membekalkan Ik...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Entrepreneurship Project |
| Language: | en |
| Published: |
1999
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38225/1/38225.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38225/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Projek Rancangan Perniagaan ini adalah merupakan rancangan bersama untuk menubuhkan satu perusahaan penternakan Ikan Hiasan yang pada masa sekarang ini mempunyai permintaan yang semakin menggalakkan dari masyarakat di sekitar Melaka.
Kami menjalankan perniagaan membiak, menternak dan membekalkan Ikan Kelisa Emas kepada penjual-penjual ikan di Melaka. Jenis perniagaan kami adalah secara perkongsian. Perniagaan yang kami usahakan ini adalah terletak di No 173 Km 23 Jalan Bukit Senggeh, Selandar Jasin Melaka dan telah dipersetujui dan dinamakan AQUA FISH ENTEPRISE.
Hasil daripada penelitian yang telah kami jalankan, kami dapati kawasan ini kurang persaingan maka tercetuslah idea untuk menjalankan perniagaan ini. Di samping itu perkembangan bidang perniagaan ini adalah menggalakkan dan menjamin pembekalan ikan hiasan yang berterusan di pasaran. Maka dengan ini adalah menjadi dasar perniagaan kami iaitu AQUA FISH ENTERPRISE ditubuhkan untuk mengembangkan serta meningkatkan perusahaan Ikan Hiasan di kalangan bumiputera bagi memenuhi permintaan masyarakat sekitar yang semakin meningkat.
AQUA FISH ENTERPRISE dijangka memulakan perniagaan pada Januari 2003 dan lokasinya terletak di Bukit Senggeh, Selandar, Jasin, Melaka dan mempunyai prospek yang baik untuk maju serta mampu bersaing dengan pembekal yang lain. Lokasi ini adalah strategik di mana keadaan muka bumi yang sesuai, sumber air bukit yang mudah didapati dan mencukupi serta mempunyai perhubungan jalan raya yang baik dan cekap. Ini akan memudahkan pengusaha-pengusaha kedai ikan hiasan untuk berurusniaga dengan kami. |
|---|
