Alyzar Scarf Manufacture / Abdul Rahman Saleh…[et al.]
Keusahawanan begitu asing kepada kita sehinggalah selepas Merdeka. Bermula pada pertengahan tahun 1997 menyedari kepincangan orang melayu yang mundur dalam bidang ekonomi khususnya perniagaan dan perdagangan dibandingkan dengan orang cina. Oleh itu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan telah men...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Entrepreneurship Project |
| Language: | en |
| Published: |
1997
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/36672/1/36672.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/36672/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Keusahawanan begitu asing kepada kita sehinggalah selepas Merdeka. Bermula pada pertengahan tahun 1997 menyedari kepincangan orang melayu yang mundur dalam bidang ekonomi khususnya perniagaan dan perdagangan dibandingkan dengan orang cina. Oleh itu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan telah menyediakan orang ramai khususnya kaum bumiputera tentang pentingnya bidang keusahawanan ini. Sesungguhnya menjalankan aktiviti keusahawanan adalah fardu kifayah iaitu jika tiada umat Islam yang terlibat dalam bidang ini maka seluruh umat Islam akan berdosa. Sektor pembuatan merupakan satu bidang perniagaan yang kurang diceburi dengan sepenuhnya oleh kaum bumiputera. Masih ramai yang tidak mengetahui prospek perniagaan ini secara mendalam. Menyedari hakikat ini, maka timbullah idea dalam fikiran kami untuk menerajui bidang pembuatan ini. Jesteru itu, selaras dengan seruan kerajaan dalam menjayakan wawasan 2020 dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), kami mengambil inisiatif untuk menceburi sektor pembuatan ini dan memperolehi pulangan yang lumayan.
Alyzar Scarf Manufacture merupakan sebuah perkongsian diantara 6 ahli kongsi yang berjanji akan memberikan kepuasan yang maksimum serta menepati citarasa masa kini. Kami yakin perkongsian ini akan mencapai matlamat yang dirancang memandangkan potensi untuk berjaya dalam pemiagaan ini amatlah cerah. Galakan dari kerajaan menambahkan lagi keyakinan dan kesungguhan kami untuk maju dengan bersaing dalam bidang pembuatan ini. Dan ditambah dengan lokasi pemiagaan yang amat strategic iaitu berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju.
Alyzar Scarf Manufacture telah menyediakan rancangan perniagaan yang mempunyai tujuannya yang tersendiri iaitu dengan menghasilkan “Tudung Renda Bermanik” yang eksklusif dan bermutu tinggi. Ini merupakan satu gabungan diantara tudung renda dan tudung manik. Semoga dengan penghasilan tudung ini akan lebih meningkatkan lagi daya usaha bumiputera di Malaysia serta menaikkan taraf umat islam. |
|---|
