Retorik YB Dato’ Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya dalam buku 5 Tahun Juanda Jaya
Retorik berperanan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej agar dapat difahami, diyakini dan perakui oleh pembaca sama ada penyampaian secara lisan mahupun bertulis serta bersifat komprehensif. Pemilihan retorik yang digunakan juga mampu menghasilkan wacana yang berseni dan berkesan, di samping me...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang
2026
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134806/1/134806.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134806/ https://ejssh.uitm.edu.my |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Retorik berperanan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej agar dapat difahami, diyakini dan perakui oleh pembaca sama ada penyampaian secara lisan mahupun bertulis serta bersifat komprehensif. Pemilihan retorik yang digunakan juga mampu menghasilkan wacana yang berseni dan berkesan, di samping menekankan aspek-aspek seperti kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa yang baik. Dalam pada itu, teknik penulisan adalah antara perkara penting dalam sesuatu karya seperti buku bagi memastikan mesej penting mampu disampaikan dengan menggunakan pelbagai jenis retorik yang sesuai dan relevan agar tidak memberi kesan pemahaman yang menyimpang antara pembaca atau pendengar. Kurangnya pendedahan kepada bidang retorik juga antara penyebab sebilangan masyarakat salah tafsir terhadap kandungan atau ungkapan yang dizahirkan oleh seseorang. Justeru, kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan serta penerapan jenis-jenis retorik dalam buku berkaitan pencapaian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Sarawak di kawasan pentadbirannya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Jemoreng. Teori yang mendasari kajian ini adalah teori Retorik Moden yang diperkenalkan oleh Enos dan Brown (1993) bagi tujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan jenis retorik dalam buku tersebut. Kajian berteraskan pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif ini turut mengaplikasikan kaedah pengumpulan data melalui kaedah analisis dokumen terhadap buku yang bertajuk 5 Tahun Juanda Jaya. Buku ini mengandungi sembilan bab dengan ketebalan sebanyak 349 muka surat. Berdasarkan dapatan kajian, buku 5 Tahun Juanda Jaya ini telah memanfaatkan bidang retorik sebagai langkah utama untuk menyampaikan maklumat dengan mengaplikasikan beberapa jenis retorik seperti retorik penerangan, pendedahan dan penghujahan. Dalam pada itu, retorik yang diaplikasikan bukan sahaja melibatkan retori dalam bentuk penulisan malah penyampaian melalui gambar juga menunjukkan kepelbagaian jenis retorik yang digunakan. Kesimpulannya, penyampaian mesej atau butiran yang hendak disampaikan bergantung pada pemilihan jenis retorik untuk memastikan kejelasan dan keberkesanan maklumat kepada sasaran dan tidak hanta tertaktuk kepada retorik berbentuk penulisan ayat atau ujaran lisan, namun retorik juga mampi diungkap melalui kepingan gambar sebagaimana dapatan kajian yang dibincangkan dalam makalah ini. |
|---|
