Institusi masjid dan amalan 3R: praktis di Surau al-Husna, Shah Alam, Selangor
Perancangan yang teliti dan pengawalan sumber yang cekap merupakan faktor utama ke arah pencapaian pengurusan sisa pepejal yang cekap dan lestari. Dalam perancangan pengurusan sisa pepejal, elemen 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle perlu diterap dan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan berteraskan kep...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134701/1/134701.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134701/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perancangan yang teliti dan pengawalan sumber yang cekap merupakan faktor utama ke arah pencapaian pengurusan sisa pepejal yang cekap dan lestari. Dalam perancangan pengurusan sisa pepejal, elemen 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle perlu diterap dan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan berteraskan kepada hirarki pengurusan sisa pepejal. Masyarakat sering beranggapan bahawa pengurusan sisa pepejal adalah semata-mata tanggungjawab pihak berkuasa. Tanggapan ini salah kerana pengurusan sisa pepejal secara sempurna tidak akan tercapai sekiranya tidak mendapat kerjasama dari masyarakat. Manusia sebagai khalifah dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar berdasarkan prinsip Islam. Amalan sisa sifar merupakan suatu amalan mulia yang digalakkan dalam ajaran Islam. Oleh itu komitmen masyarakat dalam penghayatan amalan 3R adalah penting dalam merealisasikan matlamat sisa sifar tercapai. Kajian ini akan melihat kejayaan praktis amalan 3R yang dilaksanakan di Surau al-Husna, Shah Alam, Selangor. |
|---|
