Penguasaan kosa kata kerja Bahasa Arab berasaskan “Maza taf’al”

Kejayaan mengenali dan menggunakan kata kerja (KK) dengan tepat merupakan asas penting untuk menguasai Bahasa Arab (BA) dengan cemerlang. Berasaskan produk kreatif “Maza taf’al”, kajian ini akan dapat menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap KK Arab dan seterusnya memberikan kemahiran kepada mer...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Ahmad Fakrulazizi, Che Mat, Azman, Nokman, Ahmad Zulfadhli, Musilehat, Nor Shaifura
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134574/1/134574.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134574/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejayaan mengenali dan menggunakan kata kerja (KK) dengan tepat merupakan asas penting untuk menguasai Bahasa Arab (BA) dengan cemerlang. Berasaskan produk kreatif “Maza taf’al”, kajian ini akan dapat menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap KK Arab dan seterusnya memberikan kemahiran kepada mereka bagaimana untuk memonopulasikan KK untuk kecemerlangan dalam BA sepenuhnya. Perkara ini adalah kerana KK kala lampau merupakan kata dasar BA yang boleh dikembangkan dalam pelbagai bentuk kata dan makna. Kepelbagaian pola yang ada pada KK bukan sahaja perlu dihafal bahkan perlu difahami langkah-langkah setiap pertukaran bentuk yang berlaku kerana setiap perubahan bentuk kata akan mengundang perubahan makna. Namun begitu ketakutan dan kesukaran pelajar untuk menguasainya sangat tinggi. Masalah ini perlu diatasi dengan membina alat bantu mengajar (ABM) seumpama produk “Maza taf’al” untuk memberi semangat dan kesan positif dalam pembelajaran BA. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual sebagai metodologi kajian. Dapatan kajian awal ke atas 24 orang pelajar menunjukkan mereka semakin berminat, ceria dan cepat menguasai bentuk dan makna setiap KK yang digunakan. Hal ini menjadikan pembelajaran BA dengan menggunakan ABM Maza taf’al secara individua atau berkumpulan adalah sesuatu yang menyeronokkan.