Persepsi pelajar terhadap kesediaan mereka untuk menghadiri program Bahasa Inggeris di masjid

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap kesediaan mereka untuk menghadiri program bahasa Inggeris yang dijalankan di masjid. Faktor sikap dan nilai agama diandaikan mempengaruhi niat seseorang individu dan mendorongnya untuk melaksanakan tindakan menghadiri progra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Hassan, Nor Syamimi Iliani, Yusoff, Muhammad Saiful Anuar, Mohammad Nor, Nor Hairunnisa, Mustafa @ Busu, Zanirah, Yusof, Nabihah
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133895/1/133895.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133895/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap kesediaan mereka untuk menghadiri program bahasa Inggeris yang dijalankan di masjid. Faktor sikap dan nilai agama diandaikan mempengaruhi niat seseorang individu dan mendorongnya untuk melaksanakan tindakan menghadiri program bahasa Inggeris di masjid. Pengaruh kedua-dua faktor ini terhadap kesediaan pelajar untuk menghadiri program tersebut akan dikaji. Sebanyak 160 data diperoleh daripada responden yang mengikuti pengajian sesi Januari-Mac 2018 daripada lima program pengajian di UiTM Kelantan. Untuk tujuan analisis, SmartPLS 3 digunakan. Hasil daripada pengujian model kajian membuktikan sikap tidak mempengaruhi niat pelajar untuk menghadiri program bahasa Inggeris di masjid. Hanya nilai agama sahaja yang mempengaruhi secara positif niat responden untuk menghadiri program bahasa Inggeris di masjid. Hasil kajian ini memberikan sudut pandangan yang berguna dalam menyingkap komponen afektif yang mendorong pelajar menghadiri program bahasa Inggeris di masjid. Hasil kajian ini mencadangkan kepentingan bahasa Inggeris dari sudut agama perlu diberi penekanan untuk memotivasikan pelajar menghadiri program bahasa Inggeris di mana sahaja.