Penerapan nilai-nilai Islam melalui komik interaktif ‘Kaifa Haluka’
Penggunaan teknologi untuk tujuan dakwah merupakan perkara yang perlu diberi galakan. Apatah lagi dengan kemajuan zaman era moden menjadikannya lebih fleksible dengan metod dan cara yang meluas. Permasalahan timbul apabila wujud segelintir masyarakat yang tidak memanfaatkan kelebihan teknologi untuk...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133894/1/133894.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133894/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penggunaan teknologi untuk tujuan dakwah merupakan perkara yang perlu diberi galakan. Apatah lagi dengan kemajuan zaman era moden menjadikannya lebih fleksible dengan metod dan cara yang meluas. Permasalahan timbul apabila wujud segelintir masyarakat yang tidak memanfaatkan kelebihan teknologi untuk memartabatkan agama islam. Lantaran itu, bahan bacaan seperti komik merupakan salah satu daripada pendekatannya. Komik Kaifa Haluka yang berunsurkan teknologi interaktif dengan gabungan dwi bahasa mempunyai kekuatanya untuk mempengaruhi pembaca terlibat secara tidak langsung dengan bahasa, kandungan dan ilustrasinya. Ciri-ciri yang mudah diakses secara online dengan imbasan Qr-Code dan susun atur yang menarik adalah kriteria yang menjadikannya kelihatan canggih dan novelti. Kajian ini dijalankan untuk menilai kandungan nilai-nilai islam yang terdapat di dalam komik Kaifa Haluka dan menjadikannya sebagai medium dakwah. Di samping itu, kajian juga dibuat untuk mengetengahkan hasil pembikinannya sebagai perkongsian pengalaman untuk masyarakat. Hasil kajian mendapati komik ini berpotensi menjadi salah satu platfom dakwah alternatif yang tidak hanya bermanfaat namun juga menghiburkan pembacanya. Sebagai kesimpulan, komik Kaifa Haluka mampu dijadikan asas penerapan nilai-nilai murni disamping membantu penambahan ilmu leksikologi bahasa Arab. |
|---|
