Analisis isu-isu semasa berkaitan makanan halal di Malaysia

Islam merupakan suatu cara hidup yang menyeluruh dan mengatur setiap aspek kehidupan manusia, termasuk dalam pemilihan makanan. Pengambilan makanan yang halal dan tayyib merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. Bagi menjamin integriti makanan halal di Malaysia, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yaakub, Fadziani
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia 2026
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133874/1/133874.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133874/
https://journal.uitm.edu.my/OJS/index.php/JHSMR/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Islam merupakan suatu cara hidup yang menyeluruh dan mengatur setiap aspek kehidupan manusia, termasuk dalam pemilihan makanan. Pengambilan makanan yang halal dan tayyib merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. Bagi menjamin integriti makanan halal di Malaysia, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, antaranya penggubalan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, serta pengenalan sistem pensijilan dan logo halal yang dikawal selia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Meskipun pelbagai peraturan serta mekanisme tadbir urus halal telah diwujudkan, beberapa isu berkaitan makanan halal masih berlaku di Malaysia. Isu-isu tersebut merangkumi penyalahgunaan logo dan sijil halal, kelemahan dalam pengurusan rantaian bekalan halal, ketidakpatuhan terhadap pelabelan makanan, isu yang melibatkan premis makanan, serta tahap kesedaran dalam kalangan pengguna Muslim. Sekiranya tidak ditangani secara berkesan, isu-isu ini berpotensi menjejaskan keyakinan pengguna terhadap sistem pensijilan halal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis isu-isu utama yang berkaitan dengan makanan halal di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis tematik terhadap dokumen-dokumen bertulis. Hasil kajian mendapati bahawa antara isu utama yang dikenal pasti ialah penyalahgunaan logo dan sijil halal, status premis makanan, pengurusan rantaian bekalan halal, serta tahap kesedaran pengguna Islam terhadap kepentingan pemilihan makanan halal. Sehubungan itu, penambahbaikan dari segi penguatkuasaan, pemantauan berterusan dan pendidikan pengguna adalah amat penting bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem makanan halal di Malaysia serta memastikan kelestarian industri halal negara.