Terapi Jawi: melestarikan kemahiran transliterasi Rumi-Jawi
Seringkali kerumitan dalam penulisan jawi mengganggu kemahiran pengguasaan jawi sama ada dalam kalangan pelajar, mahasiswa, guru mahupun masyarakat awam. Sistem ejaan jawi yang sukar dikuasai di samping kelemahan kognitif pengguna turut menyebabkan berlakunya kesilapan dalam ejaan jawi. Hasil peneli...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133793/1/133793.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133793/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Seringkali kerumitan dalam penulisan jawi mengganggu kemahiran pengguasaan jawi sama ada dalam kalangan pelajar, mahasiswa, guru mahupun masyarakat awam. Sistem ejaan jawi yang sukar dikuasai di samping kelemahan kognitif pengguna turut menyebabkan berlakunya kesilapan dalam ejaan jawi. Hasil penelitian terhadap ujian penulisan jawi menunjukkan bahawa kegagalan menulis jawi dengan tepat disebabkan oleh kecelaruan kognitif dalam mentransliterasikan perkataan rumi kepada jawi. Hasil kajian daripada 415 orang Guru Pendidikan Islam terhadap enam perkataan rumi yang perlu dijawikan menunjukkan terdapat tiga pola kesilapan ejaan (PKE) bagi perkataan ‘bahasa’, empat PKE bagi perkataan ‘seminar’, tujuh PKE bagi perkataan ‘wap’, lapan PKE bagi perkataan ‘emak’, serta sembilan PKE bagi perkataan ‘arif’ dan ‘rakyat’. Pola-pola kesilapan ejaan ini menunjukkan bahawa kelemahan mentransliterasikan perkataan rumi-jawi turut membelenggu kemahiran penguasaan jawi guru agama yang merupakan pengamal tegar tulisan itu sendiri. Justeru, Terapi Jawi diharapkan dapat membantu guru mahupun pelajar dalam menguasai kemahiran menulis jawi berasaskan kaedah transliterasi berasaskan petua dengan lebih tepat dan berkesan. |
|---|
