Persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) dalam pembelajaran kosa kata Arab

Implimentasi Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) merupakan kaedah pembelajaran kosa kata Arab yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran bekerjasama dalam kumpulan atau dikenali dengan pembelajaran koperatif. Artikel ini membincangkan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah bimbingan rakan sebaya dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusof, Nabihah, Baharudin, Harun, Lubis, Maimun Aqsha, Ibnul Hakim, Muhammad Luqman
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133200/1/133200.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133200/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Implimentasi Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) merupakan kaedah pembelajaran kosa kata Arab yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran bekerjasama dalam kumpulan atau dikenali dengan pembelajaran koperatif. Artikel ini membincangkan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah bimbingan rakan sebaya dalam pembelajaran kosa kata Arab. Responden yang terlibat dalam kajian ini dihadkan seramai 50 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan empat. Satu set soal selidik kuantitatif dibentuk bagi mendapatkan data. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari taburan min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai persepsi yang tinggi dan memberi respon positif terhadap penggunaan kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) dalam pembelajaran kosa kata Arab dengan nilai purata min 4.10. Kesimpulannya, kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) sesuai diimplimentasikan sebagai kaedah pembelajaran kosa kata Arab dan mampu meningkatkan prestasi penguasaan kosa kata Arab dalam kalangan pelajar.