Pemerkasaan agropreneur muda: kajian keberkesanan di PAKK Kuala Muda

Program Agropreneur Muda telah dilancarkan oleh kerajaan untuk memperkasakan golongan muda menceburi bidang pertanian dan agromakanan. Bagi menyokong pembangunan agropreneur muda, minat dalam bidang ini perlu dipupuk sejak awal kanak-kanak. Walaupun terdapat program yang bertujuan menanam minat di k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhsain, Siti Nur Fadzilah, Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor, Ibrahim, Nurul Alyaa, Muhsain, Siti Nur Fathini
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133141/1/133141.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133141/
https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Agropreneur Muda telah dilancarkan oleh kerajaan untuk memperkasakan golongan muda menceburi bidang pertanian dan agromakanan. Bagi menyokong pembangunan agropreneur muda, minat dalam bidang ini perlu dipupuk sejak awal kanak-kanak. Walaupun terdapat program yang bertujuan menanam minat di kalangan khususnya kanak-kanak sekolah, keberkesanannya masih belum dipastikan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada kecenderungan kanak-kanak di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Kuala Muda terhadap bidang agropreneur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap sikap, pengetahuan, dan sokongan kanak-kanak terhadap bidang tersebut, setelah didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) ke arah pemerkasaaan pengetahuan, teknik dan minat kepada agropreneur. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang kanak-kanak, dan data dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian semasa aktiviti berlangsung. Hasil kajian mendapati bahawa minat dan pengetahuan kanakkanak di PAKK Kuala Muda dapat mempengaruhi kecenderungan mereka untuk menyertai bidang agropreneur. Namun, sikap dan kesedaran yang diterima dapat dipertingkatkan. Kajian ini memberikan maklumat preliminari kepada pembuat dasar untuk mendorong minat terhadap agropreneur dari usia muda melalui skim bantuan yang sesuai mengikut keperluan yang seterusnya dapat membantu universiti dalam menyediakan program yang bersesuaian untuk meningkatkan kecenderungan terhadap agropreneur dalam kalangan kanak-kanak.