Faktor yang mempengaruhi kesiapsiagaan kewangan individu dalam perancangan persaraan
Isu kesiapsiagaan kewangan untuk persaraan semakin menjadi agenda penting dalam wacana ekonomi dan sosial global, khususnya di negara membangun. Kesiapsiagaan ini memerlukan perancangan jangka panjang yang merangkumi aset, simpanan, insurans, kesihatan, perumahan dan pendapatan (Karim et al., 2023a)...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Johor
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133119/1/133119.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133119/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Isu kesiapsiagaan kewangan untuk persaraan semakin menjadi agenda penting dalam wacana ekonomi dan sosial global, khususnya di negara membangun. Kesiapsiagaan ini memerlukan perancangan jangka panjang yang merangkumi aset, simpanan, insurans, kesihatan, perumahan dan pendapatan (Karim et al., 2023a). Perancangan persaraan yang rapi memberi kesan bukan sahaja kepada kesejahteraan individu, malah turut mempengaruhi kestabilan keluarga dan komuniti (Karim et al., 2023b). Perubahan norma budaya akibat urbanisasi, peningkatan jangka hayat dan transformasi struktur keluarga telah mengurangkan kebergantungan kepada sistem sokongan antara generasi, sekali gus menuntut individu mengurus persaraan secara lebih berdikari (Ahamed & Limbu, 2024). Tambahan pula, kebahagiaan selepas persaraan terbukti berkait rapat dengan persediaan yang menyeluruh dari segi kewangan, kesihatan, sosial dan psikologi (Haron et al., 2021). Justeru, kajian ini meneliti peranan toleransi risiko kewangan dan efikasi kendiri terhadap niat perancangan persaraan melalui sikap terhadap persaraan. Perubahan demografi seperti peningkatan jangka hayat dan kadar kelahiran rendah turut menambah tekanan kepada sistem pencen tradisional, memperkukuh keperluan bagi setiap individu memastikan kesejahteraan kewangan selepas tamat kerjaya (Harahap et al., 2022). |
|---|
