Peranan organisasi pembelajaran dalam membentuk tingkah laku inovatif

Globalisasi ekonomi yang mengarah kepada persaingan terbuka telah menuntut sistem pendidikan bertindak balas dengan lebih sensitif dan pantas terhadap perubahan dalam masyarakat dan kian dikenalpasti sebagai tumpuan kepada permasalahan dan penyelesaian untuk mengadaptasi dengan pantas dalam era glob...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahman, Khairunnisa, Mohd Yusoff, Yuslizawati, Omar, Nazihah, Mohamed Anuar, Rudza Hanim
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Johor 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133088/1/133088.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133088/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Globalisasi ekonomi yang mengarah kepada persaingan terbuka telah menuntut sistem pendidikan bertindak balas dengan lebih sensitif dan pantas terhadap perubahan dalam masyarakat dan kian dikenalpasti sebagai tumpuan kepada permasalahan dan penyelesaian untuk mengadaptasi dengan pantas dalam era globalisasi ini pengkaji bidang pengurusan organisasi telah mendapati bahawa jalan yang terbaik ialah membentuk budaya belajar untuk menyediakan sumber manusia yang lebih bijak dan berkesan. Jalan terbaik untuk mengembangkan budaya belajar ke tahap tinggi ialah melalui konsep organisasi pembelajaran. Konsep ini juga diharapkan dapat melahirkan budaya pembelajaran, di mana semua organisasi mempunyai keyakinan dan keupayaan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran. Kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada kualiti para pekerjanya. Pekerja yang berkualiti tidak sahaja boleh diukur atau dinilai berdasarkan tahap pendidikan sahaja, sebaliknya pengukuran itu merangkumi aspek yang lebih luas antaranya pengalaman, kemahiran, bakat dan potensi diri. Pembangunan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi merupakan matlamat setiap organisasi. Organisasi pembelajaran ialah merupakan organisasi yang di dalamnya terdapat sekumpulan manusia yang mempunyai tujuan yang sama dengan komitmen yang kolektif untuk berubah kepada sesuatu yang bermakna dan dapat membangunkan organisasi secara berterusan dengan cara yang lebih efektif dan efisien untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi.