Kriteria mutawalli dalam pembangunan institusi wakaf: analisis isu dan nas-nas terpilih

Institusi wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Amalan berwakaf bukan lagi dianggap sebagai cabang ibadat yang dilakukan oleh sekelompok manusia, akan tetapi ia menjadi satu institusi penting dalam kerangka pembangunan negara yang lestari. Amalan wakaf bukan saha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ayub, Mohd Nasir, Noordin, Nazmi @ Nazni, Mohamed Sawal, Mohd Zool Hilmie, Mustafa @ Busu, Zanirah, Mat Hassan, Surita Hartini
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133018/1/133018.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133018/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Amalan berwakaf bukan lagi dianggap sebagai cabang ibadat yang dilakukan oleh sekelompok manusia, akan tetapi ia menjadi satu institusi penting dalam kerangka pembangunan negara yang lestari. Amalan wakaf bukan sahaja untuk aset-aset tertentu seperti tanah kubur, wakaf surau atau masjid, wakaf alatan untuk beribadat semata-mata, akan tetapi dalam ruang yang cukup besar iaitu ke arah penjanaan yang mampan dan lestari hasil penjanaan aset wakaf sedia ada. Paradigma baharu mesti dibina selaras dengan keperluan pembangunan semasa. Umat Islam perlu melihat, bagaimana aset-aset wakaf umat Islam digembeling dan dijana kembali sehingga menjadi mercu pembangunan yang berterusan memenuhi kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Institusi wakaf yang dibangunkan secara profesional, adil dan saksama mampu menyediakan pelbagai kemudahan seperti pendidikan, pusat kesihatan, tempat ibadah, riadah dan pelbagai insfranstruktur yang lain. Mutawalli yang profesional perlu diwujudkan dalam kerangka pembangunan wakaf yang lebih tersusun dan praktikal bagi memastikan setiap penjanaan itu mencapai matlamat serta hasrat pemberi wakaf itu akan terealisasi. Kertas kerja ini cuba mengemukakan beberapa kriteria yang sewajarnya dimiliki oleh Mutawalli agar natijah dan keberhasilan gerak kerja nanti menyumbang kepada penyuburan dana wakaf yang lebih efisen. Apabila kesejajaran berlaku, maka ia akan menampakkan rahmat yang lebih menyeluruh dalam pelbagai sektor perkhidmatan, seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara.