Tafsir surah al-Baqarah ayat 261-265: kajian penafsiran al-Qurtubi tentang etika berinfaq

Al-Quran berkali-kali menggalakkan kita melakukan infaq kerana ia adalah wasilah bagi menghimpunkan kekayaan dan menjamin kesenangan hidup untuk semua. Ia satu-satunya cara untuk memelihara kekuatan dan kemuliaan ummat disamping mengalahkan musuh. Jika ummat bakhil pasti dicengkam kehinaan dan kemel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Jusoh, Nor Asmira, Junoh, Noraini
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132991/1/132991.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132991/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Quran berkali-kali menggalakkan kita melakukan infaq kerana ia adalah wasilah bagi menghimpunkan kekayaan dan menjamin kesenangan hidup untuk semua. Ia satu-satunya cara untuk memelihara kekuatan dan kemuliaan ummat disamping mengalahkan musuh. Jika ummat bakhil pasti dicengkam kehinaan dan kemelesetan. Infaq yang dilaksanakan berdasarkan tafsiran yang betul memungkinkan kita menyelesaikan permasalahan masyarakat disamping mempamerkan keindahan Islam yang sebenar. Allah SWT memberikan ganjaran sesiapa yang berinfaq di jalan-Nya dengan tiga perkara iaitu jaminan syurga, menghilangkan rasa takut selepas mati dan menghilangkan rasa sedih atau kemurungan atas apa yang berlaku termasuklah musibah. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kriteria atau etika berinfaq mengikut perbahasan ulama tafsir terkenal di akhir-akhir kurun ke-enam Hijrah iaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh al-Ansori al-Khazraji al-Andalusi al-Qurtubi di dalam kitabnya al-Jami’ Li Ahkam al-Quran Wa al-Mubayyin Li Ma Tadhammanuhu Ay al-Furqan untuk mencapai anjuran yang telah disebutkan. Pengkajian ini lebih menjuruskan kepada perbahasan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan infaq di dalam surah al-Baqarah dengan mengfokuskan ayat 261-265.