Luqatah: pendekatan baru dalam menangani isu-isu harta yang tidak di tuntut di UiTM Kelantan

Luqatah merupakan harta temuan atau harta yang hilang dari pemiliknya dan ditemui oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut. Salah satu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa @ Busu, Zanirah, Ahmad, Mohd Miqdad Aswad, Ab. Razab, Husaini, Tasir, Siti Fatimah, Zainal, Noor Saliza, Ayub, Mohd Nasir, Nordin, Badriah
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132990/1/132990.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132990/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Luqatah merupakan harta temuan atau harta yang hilang dari pemiliknya dan ditemui oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut. Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta terutama harta kepunyaan orang Islam dan harta temuan tidak boleh digunakan atau dimusnahkan begitu sahaja tanpa mematuhi kaedah pengurusan luqatah yang sebenar. Kajian ini memfokuskan kepada peranan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dalam mengendalikan harta luqatah. Antara kekangan yang dihadapi adalah tiada mekanisma tuntutan harta yang sistematik dan selaras. Kajian ini meneliti bagaimana proses penerimaan harta luqatah, cara pengendalian pengurusan, mengenalpasti pemiliknya, cara penyerahan kepada pemiliknya, syarat-syarat dan cara memanfaatkannya. Selain itu, permasalahan yang dihadapi adalah tiada mekanisma kaedah pengurusan dan pelupusan yang jelas. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah memantapkan pengurusan harta luqatah, mengenalpasti kaedah untuk menyelesaikan masalah harta luqatah yang tidak di tuntut dan cara pemulangan harta luqatah kepada pemiliknya. Method yang digunakan dalam penulisan ini adalah kajian keperpustakaan, kaedah temubual untuk mendapatkan data kajian di samping kaedah pemerhatian. Kajian soal selidik juga di gunakan dan di edarkan kepada responden bagi mengukur tahap kepuasan warga Uitm terhadap proses pengendalian harta luqatah. Kajian ini dapat menghasilkan satu piawaian baru yang lebih sistematik dalam menyelesaikan isu-isu pengendalian harta luqatah selaras dengan ketetapan hukum syarak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan.