Unsur eufemisme dalam peribahasa orang asli: satu penelitian awal

Masyarakat orang Asli bukan sahaja mempunyai sistem bahasa yang tersendiri malah, bidangbidang lain termasuk bidang sastera seperti cerita dongeng, cerita rakyat, pantun dan peribahasa juga sangat sinonim dengan masyarakat tersebut. Kehidupan orang Asli yang agak jauh dari kawasan penempatan masyara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Pelet, Mohamad Nik Mat, Sarudin, Anida, Megat, Mutiara, Romli, Mohammad Fauzan
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132838/1/132838.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132838/
https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat orang Asli bukan sahaja mempunyai sistem bahasa yang tersendiri malah, bidangbidang lain termasuk bidang sastera seperti cerita dongeng, cerita rakyat, pantun dan peribahasa juga sangat sinonim dengan masyarakat tersebut. Kehidupan orang Asli yang agak jauh dari kawasan penempatan masyarakat lain menyebabkan pengamatan mereka terhadap keadaan sekeliling terbatas sekali gus menyukarkan mereka mencipta perlambangan berdasarkan objek yang wujud dengan tujuan berkias dalam menyampaikan nasihat dengan unsur seperti eufemisme. Unsur-unsur eufemisme merupakan unsur yang berkait dengan suatu ungkapan atau kata yang lebih lembut, sopan, dan manis didengar untuk menggantikan ungkapan atau kata yang lebih kasar. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis makna peribahasa yang mengandungi unsur-unsur eufemisme. Dalam kajian berkaita eufemisme masih terdapat unsur-unsur yang belum lazim dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Justeru, 13 peribahasa telah dikenal pasti melalui analisis dokumen iaitu buku teks mata pelajaran Bahasa Semai sekolah rendah dan sekolah menengah. Namun, hanya tiga peribahasa yang dianalisis melalui Pendekatan Semantik kognitif dengan menggunakan kerangka konsep Logik Simbolik dalam menganalisis data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa peribahasa berunsurkan eufemisme yang digunakan dalam kalangan masyarakat orang Asli sangat sinonim dengan kelakuan dan budaya masyarakat Melayu. Malah, kiasan yang digunakan dalam peribahasa tersebut juga jelas menggambarkan ketajaman fikiran dan kekayaan bahasa melalui unsur-unsur alam yang terdapat di sekitar mereka. Dapatan kajian ini juga mampu menghuraikan makna tersirat dan tersurat yang menjadi sebahagian daripada akal budi manusia tanpa mengira latar belakangnya termasuklah masyarakat orang Asli.