Sesi penyelarasan audit pematuhan IQA04 UiTM bersama pengurus penilaian IQAO4

Shah Alam, 7 Ogos 2025 - Taklimat dan penyelarasan penting mengenai audit pematuhan IQA04 telah diadakan bersama Pengurus Penilaian Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sesi dalam talian ini bertujuan memastikan semua program memenuhi syarat bagi mengekalkan status swaakreditasi UITM yang ditetapkan ol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: UiTM, inQKA
Format: Monograph
Language:en
Published: Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132772/1/132772.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132772/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Shah Alam, 7 Ogos 2025 - Taklimat dan penyelarasan penting mengenai audit pematuhan IQA04 telah diadakan bersama Pengurus Penilaian Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sesi dalam talian ini bertujuan memastikan semua program memenuhi syarat bagi mengekalkan status swaakreditasi UITM yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Taklimat ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hadijah Iberahim, Ketua Kualiti Akademik dan Pematuhan, Unit Jaminan Kualiti Akademik (InQKA). Beliau menekankan bahawa semua program yang sedang atau masih belum melengkapkan proses audit IQA04 perlu menyelesaikannya selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2025. Sehingga kemaskini pada 21 Mei 2025, laporan menunjukkan bahawa daripada 527 lokasi program yang perlu dinilai, 398 daripadanya telah selesai diaudit. Sebanyak 43 lokasi program sedang dinilai, manakala 93 lagi masih belum selesai. Penilaian yang telah selesai bagi program Sarjana dan Diploma adalah penilaian kali kedua. Dalam sesi ini, peranan Pengurus Penilaian ditekankan sebagai Ketua Sekretariat yang kritikal dalam memastikan kelancaran proses audit. Mereka bertanggungjawab memastikan semua dokumen lengkap mengikut keperluan MQA dan COPPA, serta bertindak sebagai penghubung utama antara InQKA dan PTJ. Selain itu, mereka perlu merekod dan memantau proses semakan oleh panel penilai serta memastikan hasil penilaian adalah lengkap dan jelas.