Impak program pendidikan sivik dan kenegaraan dalam kalangan belia luar bandar
Program Pendidikan Sivik dan Kenegaraan bertujuan untuk mendekati komuniti belia dengan menyebarluaskan pengetahuan tentang sivik dan kenegaraan. Dewasa ini memaparkan pelbagai isu dan pertelingkahan mengenai isu kebebasan asasi yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Setiap rakyat Malaysia perlu...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kedah
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132701/1/132701.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132701/ https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Program Pendidikan Sivik dan Kenegaraan bertujuan untuk mendekati komuniti belia dengan menyebarluaskan pengetahuan tentang sivik dan kenegaraan. Dewasa ini memaparkan pelbagai isu dan pertelingkahan mengenai isu kebebasan asasi yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Setiap rakyat Malaysia perlu memahami kebebasan asasi sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap pemahaman belia luar bandar terhadap Kebebasan Asasi yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Antara Kebebasan Asasi yang diketengahkan dalam kajian ini adalah Perkara 2 (Kebebasan Diri), Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan), dan Perkara 11 (Kebebasan Beragama). Kajian ini melibatkan 30 orang belia sekitar negeri Kelantan yang secara sukarela menyertai program ini selama 2 hari 1 malam. Soal selidik diedarkan melalui dalam talian kepada peserta sebelum program bermula dan setelah selesai program. Analisa penilaian sebelum dan selepas program menunjukkan majoriti belia menunjukkan peningkatan pemahaman mengenai kebebasan asasi. Implikasi kajian ini kelak diharap dapat memberikan input yang berguna kepada kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan atau NGO dalam usaha meningkatkan pembudayaan pendidikan sivik dan kenegaraan secara formal. |
|---|
