Elemen perubatan kerohanian dalam Kitab Tib Manuskrip MSS 1754
Kertas ini membincangkan mengenai beberapa elemen kerohanian dalam perubatan berdasarkan Kitab Tib Manuskrip MSS 1754 . Manuskrip ini menjelaskan dalam masyarakat Melayu-Islam, pengamalan perubatan kerohanian adalah lebih kepada pencegahan dan rawatan penyakit serta sebagai pendinding diri daripada...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132544/1/132544.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132544/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kertas ini membincangkan mengenai beberapa elemen kerohanian dalam perubatan berdasarkan Kitab Tib Manuskrip MSS 1754 . Manuskrip ini menjelaskan dalam masyarakat Melayu-Islam, pengamalan perubatan kerohanian adalah lebih kepada pencegahan dan rawatan penyakit serta sebagai pendinding diri daripada gangguan makhluk halus iaitu jin dan syaitan. Amalan kerohanian juga dikenali sebagai amalan spiritual dan menurut al-Ghazali adalah merujuk kepada empat elemen kerohanian manusia iaitu al-ruh, al-qalb, al-‘aql dan al-nafs. Ini menunjukkan aspek kerohanian adalah aspek ma’nawi yang sewajarnya dititikberatkan bagi menjamin kebergantungan hanya kepada Allah SWT dalam kehidupan di samping usaha yang berterusan. Kepentingan terapi kerohanian sangat besar kepada seseorang antaranya menguatkan semangat dan jiwa, mengurangkan ketakutan dan gangguan, dan keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT. Amalan kerohanian seperti mendirikan solat, membaca al-Quran, zikir anatara bentuk amalan yang perlu diamalkan bagi individu Islam. Justeru, amalan ini boleh dijadikan sebagai amalan berterusan dalam kehidupan seterusnya berfungsi sebagai pendinding diri bagi mengelakkan kejahatan dan gangguan. |
|---|
