Garispanduan penggunaan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penulisan akademik

Penggunaan Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) semakin meluas dalam dunia akademik, terutamanya dalam melengkapkan penulisan tesis, disertasi, laporan projek akhir, atau artikel ilmiah. AI menawarkan kelebihan dalam penyuntingan bahasa, analisis data, dan pengurusan rujukan. Walau ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Ali, Irwan, A Rahman, Mohd Rahimi, Mohamed, Nur Anis Asneeda, Ahmad Zawawi, Zuraihana
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132454/1/132454.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132454/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) semakin meluas dalam dunia akademik, terutamanya dalam melengkapkan penulisan tesis, disertasi, laporan projek akhir, atau artikel ilmiah. AI menawarkan kelebihan dalam penyuntingan bahasa, analisis data, dan pengurusan rujukan. Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi ini menuntut penyediaan garis panduan yang holistik bagi memastikan ia digunakan secara etikal dan bertanggungjawab. Kertas ini membentangkan garis panduan yang dibangunkan melalui kajian literatur, berdasarkan semakan dokumen polisi, piawaian etika antarabangsa, dan panduan penggunaan AI dalam institusi pendidikan tinggi. Cadangan garis panduan ini merangkumi prinsip asas seperti penggunaan AI sebagai alat sokongan, pemantauan penyelia, serta keterbukaan dalam pengisytiharan penggunaannya. Ia juga memperincikan aktiviti yang dibenarkan dan dilarang dalam penjanaan kandungan, penyuntingan, penganalisisan data, dan pengurusan rujukan. Selain itu, Borang Deklarasi Penggunaan AI diperkenalkan bagi memastikan pematuhan etika akademik yang tinggi. Garis panduan ini bertujuan memelihara keaslian dan ketelusan dalam penulisan hasil penyelidikan disamping menggalakkan penggunaan teknologi AI secara inovatif. Justeru, institusi pengajian tinggi disarankan untuk mengadaptasi panduan ini untuk disuaipadankan dalam dasar integriti akademik mereka.