Prosedur pendalilan ayat al-Ahkam dalam argumentasi hukum Islam semasa di Malaysia

Para ulama Uṣūl al-Fiqh telah menggariskan prosedur yang khusus dalam menjadikan Āyāt al-Aḥkām sebagai argumentasi kepada sesuatu masalah. Nas-nas tersebut kemudiannya perlu melalui tiga peringkat iaitu peringkat berkaitan dengan kaifiat pendalilan dan istinbat, peringkat taṣḥīḥ natijah pendalilan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Daud, Mahyudin, Abdullah, Ahmad Najib
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131990/1/131990.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131990/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Para ulama Uṣūl al-Fiqh telah menggariskan prosedur yang khusus dalam menjadikan Āyāt al-Aḥkām sebagai argumentasi kepada sesuatu masalah. Nas-nas tersebut kemudiannya perlu melalui tiga peringkat iaitu peringkat berkaitan dengan kaifiat pendalilan dan istinbat, peringkat taṣḥīḥ natijah pendalilan dan peringkat mengeluarkan fatwa yang setiap satunya mempunyai ḍawābiṭ tersendiri yang perlu diraikan oleh seorang mufti atau penyelidik. Artikel ini mengemukakan satu prosedur dalam menjadikan Āyāt al-Aḥkām sebagai argumentasi kepada masalah Islam semasa yang boleh dimanfaatkan oleh para mufti, ahli panel kajian syariah, penyelidik dan mereka yang terlibat secara langsung dalam pembinaan fatwa dan pembentukan ṣīghahnya dalam menetapkan hukum bagi masalah Islam semasa di negara ini. Pendalilan dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Istidlāl. Dari sudut bahasa, al-Istidlāl bermakna menuntut petunjuk dalil (طلب دلالة الدليل). Huruf Alif, Sin dan Ta’ di pangkal perkataan tersebut di atas wazan استفعال yang bermakna tuntut. Perkataan dilālah adalah kata terbitan daripada دلّ، يدلّ، دلالة dengan makna petunjuk (الإرشاد) manakala dalīl ialah petunjuk dan penyampai kepada sesuatu yang dituntut (المرشد والموصول إلى المطلوب). Ia juga ditakrifkan dengan memberitahu atau menyampaikan kepada hakikat sesuatu dan dengan berpindahnya pemikiran akal daripada suatu yang diketahui kepada suatu yang tidak diketahui. Perkataan ini juga membawa makna mengambil atau menjadikan sesuatu sebagai dalil (اتخاذ دليلا).