Kajian terhadap agensi dalam pengendalian penetapan harga pakej umrah
Ibadah umrah merupakan salah satu ibadah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut dalam Islam. Dalam kalangan umat Islam di Malaysia kini, ramai yang sanggup membelanjakan wang ringgit dengan tujuan menunaikan ibadah umrah, hasilnya ramai yang kecewa kerana ketidakpuasan hati terhadap pakej umrah yan...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131987/1/131987.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131987/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Ibadah umrah merupakan salah satu ibadah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut dalam Islam. Dalam kalangan umat Islam di Malaysia kini, ramai yang sanggup membelanjakan wang ringgit dengan tujuan menunaikan ibadah umrah, hasilnya ramai yang kecewa kerana ketidakpuasan hati terhadap pakej umrah yang disediakan oleh agensi-agensi tertentu. Banyak pakej yang ditawarkan dengan kadar harga yang tinggi sedangkan perkhidmatan yang diberikan amat mendukacitakan, akan tetapi terdapat juga agensi yang sanggup mendapat keuntungan yang sedikit untuk menarik perhatian jemaah memilih agensi mereka. Oleh sebab itu, Kajian ini dilakukan untuk membuktikan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi sesebuah agensi dalam menentukan kadar harga pakej antaranya ialah pakej-pakej eksklusif yang ditawarkan sesebuah agensi, kepakaran dalam pengurusan dan pengendalian mutawwif serta agensi-agensi yang berprestij dan sinonim dengan masyarakat setempat. Kajian ini juga menjelaskan dalil-dalil berkaitan kelebihan umrah, pandangan fuqaha’ serta hujah mereka mengenai keutamaan dalam melaksanakan umrah. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif. Melalui metode ini, dalil-dalil, pendapat ulama’ silam dan kontemporari serta kajian-kajian lepas digunakan. Hasil daripada kajian ini akan mendapati faktor-faktor kadar yang ditetapkan oleh agensi lebih mendominasikan keuntungan berbanding dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Di akhir kajian, cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab menetapkan garis panduan untuk penetapan faktor yang menyumbangkan kepada kadar bayaran pakej umrah. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang. |
|---|
