Kesantunan dan notis di papan tanda masjid: cerminan sikap terhadap kanak-kanak
Aspek kesantunan telah banyak dikaji dalam pelbagai bidang dan budaya. Dalam mengkaji aspek kesantunan dalam ekspresi diri, pengucapan dan tindakan, teori yang diutarakan oleh Levinson and Brown (1987) banyak digunakan untuk membincangkan kaedah dan kesan kesantunan dalam interaksi sosial, umumnya d...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131985/1/131985.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131985/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Aspek kesantunan telah banyak dikaji dalam pelbagai bidang dan budaya. Dalam mengkaji aspek kesantunan dalam ekspresi diri, pengucapan dan tindakan, teori yang diutarakan oleh Levinson and Brown (1987) banyak digunakan untuk membincangkan kaedah dan kesan kesantunan dalam interaksi sosial, umumnya dalam interaksi verbal. Menurut Levinson dan Brown (1987), strategi kesantunan digunakan untuk menghasilkan mesej bagi menjaga imej diri dan perasan individu yang terlibat di dalam satu konteks interaksi terutamanya dalam situasi yang tegang atau berisiko negatif. Berdasarkan teori Brown dan Levinson (1987), terdapat beberapa jenis strategi kesantunan iaitu bald on-record, kesantunan positif, kesantunan negatif, kesantunan langsung atau tidak langsung dan juga konsep ancaman terhadap konsep ‘muka’ (the face-threatening act). Kajian ini membincangkan aspek kesantunan pada notis atau papan tanda yang dipaparkan di masjid-masjid dan rumah ibadat orang Islam di Malaysia, khususnya notis yang ditujukan kepada kanak-kanak dari aspek penggunaan bahasa; sama ada ianya mencerminkan sikap mesra terhadap kanak-kanak atau sebaliknya. Analisa dari segi bahasa kesantunan mencadangkan bahawa cara penulisan di papan tanda di masjid boleh diperbaiki supaya ianya tampak lebih mesra kanak-kanak dan tidak menonjolkan sikap negatif terhadap kehadiran mereka di masjid. |
|---|
