Solat yang khusyuk sebagai penangkis kepada akhlak mazmumah

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat peranan solat yang dilakukan dengan khusyuk sebagai penangkis kepada akhlak mazmumah. Kerangka kajian dibentuk sesuai dengan firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar.” Surah Al ‘Ankabut: 45. Pengaruh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusoff, Muhammad Saiful Anuar, Ismail, Mohd Khairul Anuar, Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim, Seman, Zawiah, Ahmad Tajuddin, Nur Hafizah
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131983/1/131983.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131983/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat peranan solat yang dilakukan dengan khusyuk sebagai penangkis kepada akhlak mazmumah. Kerangka kajian dibentuk sesuai dengan firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar.” Surah Al ‘Ankabut: 45. Pengaruh di antara dua kategori khusyuk iaitu khusyuk hati dan khusyuk badan dan pengaruh kedua-dua kategori khusyuk ini terhadap persepsi responden untuk tidak melakukan perbuatan yang keji dan mungkar dikaji. Sebanyak 256 data diperoleh daripada responden yang mengikuti dua tahap pengajian di UiTM Kelantan iaitu Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Sebanyak lima program pengajian terlibat dalam kajian ini. Untuk tujuan analisis, SmartPLS 3 digunakan. Hasil daripada pengujian model kajian membuktikan khusyuk hati mempengaruhi khusyuk badan dan kedua-dua kategori khusyuk ini mempengaruhi secara positif persepsi responden untuk tidak melakukan perkara yang keji dan mungkar. Hasil kajian ini memberikan sudut pandangan yang berguna dalam membentuk akhlak yang baik dan mencegah peningkatan akhlak mazmumah di kalangan pelajar melalui pelaksanaan solat secara khusyuk untuk mencapai solat yang baik dan sempurna.