Tingkah laku komuniti pengguna terhadap tandas masjid: kajian kes di negeri Kelantan

Entiti utama dalam ketamadunan adalah pembangunan sesebuah bangsa melalui pengetahuan, sikap dan tingkah laku yang dikuasai oleh setiap masyarakatnya. Walaubagaimanapun, tingkah laku orang awam sebagai pengguna terhadap kebersihan tandas masjid masih kurang memuaskan. Kajian ini dijalankan bertujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Ghani, Mohamad Izzat, Musa, Nik Yusri
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131959/1/131959.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131959/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Entiti utama dalam ketamadunan adalah pembangunan sesebuah bangsa melalui pengetahuan, sikap dan tingkah laku yang dikuasai oleh setiap masyarakatnya. Walaubagaimanapun, tingkah laku orang awam sebagai pengguna terhadap kebersihan tandas masjid masih kurang memuaskan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tingkah laku pengguna tandas masjid terhadap aspek kebersihan di negeri Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap tingkah laku pengguna tandas masjid, mengenalpasti tahap min setiap item dalam pembolehubah tingkah laku dan mengenalpasti hubungan antara item-item yang dikaji. Seramai 353 orang responden telah digunakan bagi mewakili populasi penduduk dengan metod kuantitatif melalui soal selidik. Kaedah deskriptif dan empirikal dilakukan setiap item yang dikaji bagi menjawab objektif kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science’ iaitu SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai kesahan dan kebolehpercayaan tingkah laku adalah 0.623. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa nilai min bagi tingkah laku positif (4.37) adalah lebih tinggi berbanding tingkah laku negatif (3.01) dengan masing-masing berada dalam lingkungan skala sederhana yang sama. Dapatan kajian turut menemukan terdapat hubungan antara item-item tingkah laku positif dan begitu juga tingkah laku negatif supaya boleh ditelitikan lagi.