Masa depan industri hotel halal di Malaysia dan Indonesia: analisis cabaran dan peluang strategik

Industri hotel halal merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan pelancongan Islam global yang berkembang pesat. Kajian ini meneliti masa depan industri hotel halal di Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan terhadap cabaran utama serta peluang strategik yang wujud dalam kedua-dua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Azli, Rafidah, Abd Rahman, Siti Nur Husna, Mohd Zhaffar, Nursafra, Pitchan, Muhammad Adnan, Ulirrahmi, Fauzia
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131715/1/131715.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131715/
https://journal.uitm.edu.my/OJS/index.php/JHSMR/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri hotel halal merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan pelancongan Islam global yang berkembang pesat. Kajian ini meneliti masa depan industri hotel halal di Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan terhadap cabaran utama serta peluang strategik yang wujud dalam kedua-dua negara. Dapatan utama kajian mengenal pasti isu ketidaksejagatan piawaian pensijilan halal, kekangan infrastruktur asas, serta tahap kesedaran industri yang tidak seimbang sebagai penghalang pertumbuhan. Namun begitu, peluang besar muncul melalui pemanfaatan teknologi digital, peningkatan permintaan pelancong Muslim, dan potensi kerjasama dua hala yang lebih erat. Kajian ini mencadangkan strategi pembangunan yang merangkumi pemerkasaan dasar, peningkatan kapasiti sumber manusia, serta integrasi antara pelancongan dan nilai-nilai Islam secara menyeluruh. Implikasi hasil kajian ini berpotensi membantu pembuat dasar, pemain industri dan penggiat akademik dalam merangka strategi holistik ke arah memperkukuh kedudukan Malaysia dan Indonesia sebagai hab hotel halal utama di Asia Tenggara.