Toleransi antara umat beragama menurut perspektif syarak
Kerukunan hidup beragama menurut Islam hanya dapat diwujudkan apabila adanya toleransi dari semua pihak. Perbezaan agama, budaya, etnik serta warna kulit bukanlah sebab bagi menghalang kehidupan bersatu padu dan harmoni. Islam adalah agama universal yang mengakui dan menerima perbezaan mengikut bata...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131521/1/131521.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131521/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kerukunan hidup beragama menurut Islam hanya dapat diwujudkan apabila adanya toleransi dari semua pihak. Perbezaan agama, budaya, etnik serta warna kulit bukanlah sebab bagi menghalang kehidupan bersatu padu dan harmoni. Islam adalah agama universal yang mengakui dan menerima perbezaan mengikut batas-batas tertentu sebagaimana yang digariskan oleh syariat. Namun demikian, sifat kebebasan yang terbuka serta isu pluralisme agama yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama menyebabkan banyak umat Islam mengikutinya dan bekerjasama dengan umat lain sama ada dalam urusan keagamaan, ibadah serta sosial. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan menghasilkan satu pemahaman yang sebenar mengenai batas-batas toleransi antara umat beragama dari sudut pandangan syariat Islam. Metode perpustakaan dan penelitian akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dan kemudiannya dianalisis menggunakan metode induktif bagi mendapatkan satu kesimpulan mengenai batas-batas toleransi antara umat beragama menurut perspektif syarak. Hasil kajian mendapati syariat Islam menggariskan batas-batas tertentu berkaitan toleransi antara umat beragama merangkumi tiga aspek utama iaitu bidang akidah, ibadah serta kemasyarakatan. |
|---|
