Tuntutan nafkah kifayah dan ma’ruf anak-anak di mahkamah syariah di Malaysia

Nafkah anak adalah antara hak anak yang digariskan dalam Islam dan diperundangkan dalam statut undang-undang keluarga Islam di negara ini. Ia boleh dituntut di mahkamah apabila berlaku pengabaian daripada pihak bapa atau orang yang dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang, sama ada semasa perkahw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Kusrin, Zuliza, Nasohah, Zaini, Muhammad Hashim, Nurhidayah, Abdul Majid, Latifah, Ahmad, Che Maryam, Mat Zain, Mat Noor
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131515/1/131515.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131515/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nafkah anak adalah antara hak anak yang digariskan dalam Islam dan diperundangkan dalam statut undang-undang keluarga Islam di negara ini. Ia boleh dituntut di mahkamah apabila berlaku pengabaian daripada pihak bapa atau orang yang dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang, sama ada semasa perkahwinan masih berlangsung atau selepas berlaku perceraian. Semasa membuat permohonan tuntutan nafkah tersebut, pihak yang menuntut, (kebiasaannya pihak ibu) perlu meletakkan beberapa perkara sebagai tuntutan nafkah yang dianggap tanggungjawab bapa. Semasa proses perbicaraan, Hakim akan mempertimbangkan sama ada item yang dipohon termasuk dalam takrif kadar kifayah dan ma’ruf berdasarkan keperluan semasa anak-anak tersebut dan menetapkan jumlah yang dianggap bersesuaian untuk anak terlibat. Artikel ini bertujuan membincangkan konsep kadar kifayah dan ma’ruf bagi nafkah anak-anak daripada sudut fiqh dan perundangan, di samping menganalisa beberapa kes tuntutan nafkah di beberapa Mahkamah Syariah di Malaysia berkenaan penetapan kadar nafkah yang diputuskan oleh para hakim. Data dianalisis secara deskriptif dan tematik. Dapatan menunjukkan bahawa takrifan kifayah dan ma’ruf bagi nafkah anak-anak menurut Akta serta Enamen Undang-undang Keluarga Islam boleh dianggap sejajar dengan pandapat fiqh, namun belum begitu selaras dalam kalangan para hakim. Kajian turut mendapati skop tuntutan nafkah anak-anak di Mahkamah Syariah kini telah melalui beberapa perubahan sejajar dengan perkembangan ekonomi dan keperluan semasa anak-anak. Ia tidak hanya mencakupi aspek makanan, pakaian dan tempat tinggal sahaja, tetapi dilebarkan kepada tuntutan sampingan lain seperti belanja tahunan, persekolahan, persiapan sambutan Hari Raya, kelas-kelas tambahan serta percutian. Artikel ini turut mengetengahkan beberapa isu melibatkan amalan di mahkamah yang perlu kepada penambahbaikan.