Pembangunan model Islamisasi pengurusan Islam
Kewujudan kursus pengurusan Islam dalam institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia bukan merupakan agenda yang baharu dalam pengajian fakulti tertentu. Perkembangannya menyaksikan amalan kandungan silibus yang berbeza di antara satu IPT dengan IPT yang lain. Perbezaannya boleh dilihat melalui tig...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131508/1/131508.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131508/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kewujudan kursus pengurusan Islam dalam institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia bukan merupakan agenda yang baharu dalam pengajian fakulti tertentu. Perkembangannya menyaksikan amalan kandungan silibus yang berbeza di antara satu IPT dengan IPT yang lain. Perbezaannya boleh dilihat melalui tiga mekanisme iaitu pengurusan Islam per se, Islamisasi pengurusan dan pengurusan dari perspektif Islam. Pengurusan Islam per se melihat pengurusan dari acuan Islam. Islamisasi pengurusan pula mengambil teori pengurusan moden bagi diadaptasi melalui Islamisasi ilmu. Manakala pengurusan dari perspektif Islam melihat pelbagai dimensi pengurusan organisasi dari perspektif Islam. Islamisasi pengurusan bermula dengan pengurusan yang bersandarkan ilmu wahyu (the Revealed Knowledge), seterusnya pengurusan diri pengurus sendiri dan diikuti oleh proses atau elemen pengurusan sejagat yang terdiri dari perancangan, pengelolaan, penstafan insan, motivasi, kepimpinan dan kawalan serta komunikasi yang menyelaraskan kesemua elemen tersebut. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk merangka satu model pengurusan melalui Islamisasi ilmu. Hasil dari kerangka ini ialah amalan pengurusan Islam yang boleh wujud dalam mana-mana organisasi yang bersifat kepatuhan syariah. Impak utama ialah model ini boleh dijadikan silibus bagi subjek pengurusan Islam atau garis panduan umum bagi subjek-subjek lain bagi program atau kursus pengurusan Islam di mana-mana IPT di Malaysia atau di persada global. |
|---|
