Program fitrah suci ke arah pemantapan kerohanian di kalangan penghuni PPA Machang, Kelantan: satu kajian rintis

Institusi penjara bukanlah sebagai tempat menghukum pesalah tetapi ia juga berperanan sebagai tempat pemulihan terhadap penghuninya. kajian ini dilakukan di Pusat pemulihan Akhlak Machang, Kelantan dengan mengkhusus kepada mengenal pasti program motivasi berasaskan Islam melalui modul Program Fitrah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tasir, Siti Fatimah, Che Mat, Che Bakar, Mat Zin, Mohd Nazri, Ismail, Mohd Khairul Anuar, Ahmad, Mohd Miqdad Aswad, Ab. Razab, Husaini, Zakaria, Mohd Shamsul Bahrin, Zulkifli, Lokman, Mustafa @ Busu, Zanirah
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131418/1/131418.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131418/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi penjara bukanlah sebagai tempat menghukum pesalah tetapi ia juga berperanan sebagai tempat pemulihan terhadap penghuninya. kajian ini dilakukan di Pusat pemulihan Akhlak Machang, Kelantan dengan mengkhusus kepada mengenal pasti program motivasi berasaskan Islam melalui modul Program Fitrah Suci sebagai medium dakwah. Program ini merupakan suatu pendekatan bagi memulihkan penghuni institusi ini supaya mendapat peluang dan ruang untuk merubah diri kepada akhlak mahmudah. Matlamat program ini adalah sebagai pemangkin terhadap aktiviti keagamaan yang telah dijalankan oleh pihak penjara dan memberi input keagamaan serta menimbulkan rasa keinsafan kepada para peserta. Diharap selepas mengikuti program ini para peserta dapat memperbaiki diri seiring dengan kehendak agama. Kajian ini dilaksanakan khusus bagi mengenal pasti sejauh mana kesignifikanan program tarbiyah yang berasaskan Islam melalui program Fitrah Suci sebagai medium dakwah dalam kalangan penghuni sebagai rawatan dan pemulihan akhlak. kajian ini bersifat kajian lapangan dan menjadikan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) sebagai kajian rintis kami. Program ini mengambil masa selama enam bulan. Kaedah penyampaian isi kandungan modul dipersembahkan dalam bentuk yang bervariasi serta bersesuaian dengan tahap pemahaman penghuni. Pemilihan isi kandungan yang bertepatan dengan keperluan sasaran dakwah sememangnya adalah aspek yang perlu dititikberatkan supaya penerimaan mesej dakwah menjadi lebih berkesan. Kaedah temubual digunakan bagi mendapatkan data kajian di samping kaedah pemerhatian. Diharapkan program ini boleh menjadi pemangkin kepada mereka mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan setelah bebas dari Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang,Kelantan.