Islam dalam peta politik dunia: satu analisis sejarah dan peradaban
Islam muncul di Tanah Arab pada awal kurun ketujuh masihi. Bermula dengan wahyu pertama yang diterima, Rasulullah s.a.w menjalankan dakwah tanpa penat lelah. Sejak dari itu Islam mula berkembang walaupun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan dan ancaman dari kuasa-kuasa besar ketika itu. Berkat...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131348/1/131348.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131348/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Islam muncul di Tanah Arab pada awal kurun ketujuh masihi. Bermula dengan wahyu pertama yang diterima, Rasulullah s.a.w menjalankan dakwah tanpa penat lelah. Sejak dari itu Islam mula berkembang walaupun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan dan ancaman dari kuasa-kuasa besar ketika itu. Berkat usaha dan kesungguhan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, Islam yang bermula di Mekah, telah berkembang ke Madinah hingga mewujudkan negara Islam pertama di dunia. Selepas kewafatan Rasullulah S.A.W. panji-panji Islam diteruskan oleh para sahabat dan juga tabiin. Sistem pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah S.A.W diteruskan oleh Khulafa al-Rashidin, Kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, Kerajaan Andalus, Kerajaan Fatimiyah dan kerajaan Uthmaniyyah Turki. Pemerintahan Islam yang bertali arus ini telah memberikan sumbangan yang besar terhadap tamadun-tamadun lain yang telah lama wujud sebelum Islam. Sejarah menunjukkan bahawa tamadun Islam telah berinteraksi secara harmoni dengan tamadun-tamadun lain seperti Tamadun India, Tamadun China dan juga Eropah dalam satu jangkamasa yang panjang sebelum kemunculan zaman Renaissance. Kertas ini membincangkan bagaimana pengaruh Islam dan sumbangannya yang terlalu besar terhadap tamadun dunia. Selain dari itu perbincangan juga memberi fokus terhadap potensi Islam untuk kembali di persada dunia dalam abad ke 21. |
|---|
