Model pembangunan inklusif asnaf melalui zakat keusahawanan di Taman Negara Ledang

Zakat memainkan peranan penting dalam menolong orang miskin untuk memenuhi keperluan hidup dan meningkatkan taraf pendapatan asnaf ke arah yang lebih baik. Bagi asnaf fakir dan miskin progresif yang sihat dan mampu berdikari, suatu program khusus boleh di rangka dan direncanakan. Oleh itu, untuk men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mamat, Norazlina, Mohd Arif, Mohd Izzat Amsyar, Mat Rani, Mohd Afandi, Adenan, Faezy, Ahmad Rosli, Muhammad Syahrul Deen, Moidin, Shofiyyah
Other Authors: Khalid, Ahmad Khudzairi
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130836/1/130836.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130836/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zakat memainkan peranan penting dalam menolong orang miskin untuk memenuhi keperluan hidup dan meningkatkan taraf pendapatan asnaf ke arah yang lebih baik. Bagi asnaf fakir dan miskin progresif yang sihat dan mampu berdikari, suatu program khusus boleh di rangka dan direncanakan. Oleh itu, untuk mengeluarkan golongan ini daripada garis kemiskinan, aktiviti keusahawanan boleh dijadikan suatu pendekatan berimpak disamping memacu prestasi ekonomi sesebuah negara. Lazimnya hanya satu model pembangunan keusahawanan zakat digunapakai oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi semua latar belakang dan demografi asnaf. Sedangkan wujudnya jurang yang luas antara kawasan bandar dan luar bandar. Berbeza dengan di bandar, masyarakat luar bandar menghadapi cabaran ekonomi yang kurang dinamik, fasiliti terhad, penggunaan sumber dan daya tidak optimum dan sebagainya. Justeru, berasaskan kepada kelestarian prinsip filantropi Islam dalam memastikan kehidupan asnaf terjaga dan terbela, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan suatu model keusahawanan asnaf yang inklusif dan khusus untuk dilaksanakan di kawasan luar bandar. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan, dan temu bual responden. Data yang diperolehi dianalisis berasaskan metode induktif dan deduktif. Model yang dibangunkan ini berpotensi menjadi satu perintis dan panduan kepada seluruh agensi zakat di seluruh Malaysia.