Erti merdeka bagi seorang pensyarah

Bagi diri ini, merdeka bukan hanya tentang bebas dari penjajahan fizikal. Sebagai pensyarah, sejujurnya, kemerdekaan sebenar bermula dalam bilik kuliah apabila kita berjaya menyampaikan ilmu yang bukan sahaja memberi pengetahuan, malah membebaskan cara berfikir. Tugas pendidik adalah menyemai benih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idris, Nur Azimah, Libasin, Zuraira
Format: Monograph
Language:en
Published: Unit Penerbitan e-Buletin JSKM 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130651/1/130651.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130651/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bagi diri ini, merdeka bukan hanya tentang bebas dari penjajahan fizikal. Sebagai pensyarah, sejujurnya, kemerdekaan sebenar bermula dalam bilik kuliah apabila kita berjaya menyampaikan ilmu yang bukan sahaja memberi pengetahuan, malah membebaskan cara berfikir. Tugas pendidik adalah menyemai benih merdeka dalam jiwa anak bangsa. Kita bukan sekadar menyampaikan fakta dan teori, tetapi mengasah minda supaya pelajar berani bertanya, berfikir secara kritis dan berpendirian. Dalam dunia di mana maklumat di hujung jari dan semakin banyak platform media sosial, tugas ini bukan mudah. Namun, di sinilah letaknya nilai kemerdekaan sebenar dalam profesion ini. Para pelajar datang dari pelbagai latar belakang dan di sinilah mereka mula membina identiti diri, sekali gus memahami peranan mereka sebagai warganegara, bukan sekadar pelajar. Maka kelas bukan hanya tempat belajar, tetapi medan untuk kita membina masa depan negara. Merdeka dalam pendidikan bermakna memberi pelajar ruang untuk bersuara, untuk tidak takut membuat kesalahan, dan untuk mencari kebenaran dengan penuh adab. Di sinilah dapat dilihat bahawa tugas pensyarah bukan hanya mendidik, tetapi juga menyemai potensi pelajar. Generasi pensyarah dan pelajar kini lahir dalam dunia pasca-merdeka. Para pelajar tidak mengalami getirnya dijajah, tidak memahami susah payah tokoh terdahulu. Maka tugas kita bukan untuk memaksa mereka menghafal sejarah