Lawatan kerja Perpustakaan Raja Ashman Shah, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Kedah

Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menerima kunjungan rasmi daripada 17 orang staf Perpustakaan Raja Ashman Shah, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dalam satu program lawatan kerja. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan profesional serta menjadi platform perkongsian ilmu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd, Hamidah
Format: Monograph
Language:en
Published: Perpustakaan Tun Abdul Razak 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130217/1/130217.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130217/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menerima kunjungan rasmi daripada 17 orang staf Perpustakaan Raja Ashman Shah, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dalam satu program lawatan kerja. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan profesional serta menjadi platform perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi. Program ini juga selaras dengan usaha memperluas rangkaian kerjasama strategik dalam bidang pengurusan perpustakaan moden serta amalan terbaik perkhidmatan maklumat. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada pihak USAS mengenai perkhidmatan, kemudahan dan teknologi terkini yang digunakan di Perpustakaan Sultan Badlishah. Antara fokus utama yang diketengahkan termasuk model operasi perpustakaan, inisiatif digital, pengurusan sumber elektronik, serta program pembangunan literasi maklumat yang dijalankan di PSB. Selain itu, sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada strategi peningkatan pengalaman pengguna, inovasi perkhidmatan, dan potensi pelaksanaan aktiviti penandaarasan (benchmarking) yang memberi manfaat bersama.