Model komunikasi dakwah efektif Badiuzzaman Said Nursi
Kajian ini memfokuskan kepada pembentukan sebuah model berkenaan pendekatan komunikasi dakwah Badiuzzaman Said Nursi dalam menyebar dan menyampaikan risalah Islam menerusi teknik komunikasi dakwah yang berkesan, yang diadaptasi menerusi karya agungnya, Rasail an-Nur. Di dalam kitab ini, terdapat ban...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Other Authors: | |
| Format: | Book Section |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130133/1/130133.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130133/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini memfokuskan kepada pembentukan sebuah model berkenaan pendekatan komunikasi dakwah Badiuzzaman Said Nursi dalam menyebar dan menyampaikan risalah Islam menerusi teknik komunikasi dakwah yang berkesan, yang diadaptasi menerusi karya agungnya, Rasail an-Nur. Di dalam kitab ini, terdapat banyak intipati dan nilai-nilai yang bermanfaat dalam meningkatkan kemahiran dalam berdakwah terutama dari aspek komunikasi, sejajar pengiktirafan para sarjana muslim terhadap ketokohan dakwah Said Nursi. Dengan melakukan analisis terhadap beberapa risalah-risalah utama Rasail an-Nur, pengkaji ingin menjelaskan beberapa pendekatan komunikasi dakwah yang berkesan Said Nursi, lisan (verbal) dan bukan lisan (non-verbal), untuk diperkenal dan dicontohi oleh umat Islam hari ini khususnya dalam kalangan pendakwah di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan dan analisisnya berdasarkan kerangka analisis teks, melalui penerokaan kitab Rasail an-Nur, rujukan daripada Tullab an-nur (pelajar Rasail an-Nur) serta kajian-kajian lepas oleh para penyelidik. Hasil dapatan mendapati pendekatan komunikasi dakwah Said Nursi dapat dibahagikan kepada 5 bentuk sebagaimana berikut, iaitu: i) komunikasi Dakwah Sesama Ilmuan/Ulama’ (Scholar), Komunikasi Dakwah Pemerintah (Goverment), Komunikasi Dakwah Terhadap Bukan Islam (Non-Muslim), Komunikasi Dakwah Terhadap Musuh Islam (Enemy) dan Terhadap Orang Awam (Socity). Ternyata model komunikasi dakwah Said Nursi ini menepati salah satu dari enam (6) teras Malaysia Madani yang menjadi tonggak pentadbiran hari ini. |
|---|
