Sukan Antara Fakulti UiTM Cawangan Pulau Pinang 2024
15 November 2024-UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 yang berlangsung dengan penuh semangat dan meriah sepanjang minggu bermula 25 oktober sehingga 15 November 2014. Program tahunan ini berjaya menghimpunkan warga fakulti daripada pelbagai latar belakang aka...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129722/1/129722.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129722/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | 15 November 2024-UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 yang berlangsung dengan penuh semangat dan meriah sepanjang minggu bermula 25 oktober sehingga 15 November 2014. Program tahunan ini berjaya menghimpunkan warga fakulti daripada pelbagai latar belakang akademik dalam satu platform yang sihat dan penuh nilai kesukanan. SAF 2024 menyaksikan penyertaan aktif dari semua fakulti, termasuk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Kimia, Sains Gunaan, dan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar, futsal, badminton, ping pong, catur dan banyak lagi acara yang menjadikan program ini satu medan bukan sahaja untuk menguji ketangkasan fizikal tetapi juga mencungkil semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan staf dan pelajar. Program Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Perdagangan yang juga dikenali sebagai Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mencipta detik bersejarah apabila dinobatkan sebagai Johan Perbarisan dan Persembahan sempena Majlis Penutup Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 yang berlangsung di Dewan Besar, UiTMCPP. Kejayaan gemilang ini diraikan penuh bangga oleh para pelajar dan staf, mencerminkan semangat kesukanan serta komitmen tinggi sepanjang persiapan dan latihan. Persembahan perbarisan yang sarat dengan kreativiti dan semangat telah memikat perhatian para juri, mengatasi saingan hebat daripada fakulti-fakulti lain. |
|---|
